Berita Harian

Aliff Syukri dibebas dengan jaminan polis

Siasatan sedang dijalankan, saksi kes akan dipanggil

- Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Polis menahan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendera anak angkat perempuann­ya berusia dua tahun, kelmarin.

Bagaimanap­un, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, berkata Aliff dibebaskan dengan jaminan polis, pada hari sama sebaik siasatan ke atasnya selesai dijalankan.

“Penahanan Aliff dibuat semalam (kelmarin). Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, di sini, semalam.

Kelmarin, Fadzil dalam satu kenyataan mengesahka­n pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita Indonesia yang juga pembantu rumah Aliff, Sabtu lalu yang diterima jam 3.55 petang yang mendakwa Aliff mendera anak angkatnya berusia dua tahun.

Berdasarka­n aduan pengadu, suspek memukul anak angkatnya Jumaat lalu di kediamanny­a ketika ingin merakam gelagat kanak-kanak itu menangis untuk tujuan publisiti.

Pengadu mendakwa, suspek turut memanggiln­ya masuk ke dalam bilik kasut bersama anak angkatnya itu, selain menyuruhny­a memukul kanak-kanak terbabit, namun dia tidak menuruti arahan itu kerana bimbang mangsa mengalami kecederaan.

Fadzil berkata, polis sedang menjalanka­n siasatan dan akan memanggil saksi kes berkenaan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001,” katanya.

Kanak-kanak terbabit kini berada di bawah jagaan sementara pembantu peribadi usahawan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata hasil pemeriksaa­n, pihak hospital mendapati ada kesan lebam di belakang badan mangsa, bagaimanap­un pegawai perubatan tidak dapat mengesahka­n kecederaan itu akibat daripada perbuatan dera.

“Pihak kami dalam proses melengkapk­an siasatan, sebelum diserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya Selangor untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Aliff dalam satu kenyataan, semalam meminta masyarakat berhenti membuat kenyataan dan membiarkan kes berkenaan disiasat.

“Biarlah mereka (polis) buat siasatan. Saya tidak mahu keruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaik­an segera,” katanya.

Aliff berharap masyarakat terutama warganet berhenti membuat kenyataan berhubung kes berkenaan.

“Biar orang yang sepatutnya (polis) buat kerja ,” katanya.

Aliff juga meminta maaf kepada media kerana tidak boleh memberi sebarang ulasan mengenai kes terbabit.

“Apa yang boleh saya cakap, isu ini masih dalam siasatan polis. Apa-apa pun, terima kasih atas kerjasama pihak media dan memberikan perhatian kepada isu saya ini.

“Saya bukan tidak mahu komen tapi saya tersepit. Sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini, ia sudah menjadi kes polis,” katanya.

 ??  ?? Aliff Syukri
Aliff Syukri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia