Berita Harian

Pekerja kilang didakwa hina Agong kali kedua

-

Kuala Lumpur: Seorang pekerja kilang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua tuduhan menghina Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong di laman sosial Instagram (IG), awal bulan ini.

Shahril Mohd Sarif, 37, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim M M Edwin Paramjothy. Mahkamah menetapkan 12 Mac ini untuk menjatuhka­n hukuman terhadap tertuduh.

Tertuduh didakwa melalui aplikasi IG dengan menggunaka­n laman profil ‘s.sharilbinm­ohd’, secara sedar membuat dan memulakan dua penghantar­an komunikasi jelik dengan niat menyakitka­n hati orang lain, antara jam 10 pagi dan 1 tengah hari pada 1 Mac lalu.

Kedua-dua pautan berkenaan kemudian dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, jam 4.06 petang, pada hari yang sama.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Asyraf Md Kamal tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh dengan mengambil kira ia bukan kesalahan pertama kerana dia sebelum ini pernah dijatuhi hukuman penjara dua bulan atas kesalahan sama, April tahun lalu.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM16,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Seremban, seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan menghina Yang di-pertuan Agong, dan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di laman Facebook (FB), 15 Januari dan 2 Mac lalu.

Azrin Bidin, 42, membuat pengakuan itu sejurus semua pertuduhan dibacakan terhadapny­a di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mengikut semua pertuduhan, dia didakwa melalui FB menggunaka­n profil Azrin Bidin, secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an dengan niat untuk menganiaya­i orang lain.

Kesalahan itu didakwa dilakukan bapa tiga anak berasal dari Muar itu di Bandar Seremban Selatan, jam 8.41 pagi 15 Januari dan antara jam 8.29 malam hingga 11 malam, 2 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarka­n diikat jamin RM26,000 semua pertuduhan dan menetapkan 7 April untuk sebutan semula kes.

BERNAMA

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Azrin mengaku tidak bersalah menghina Al-sultan Abdullah dan Sultan Ibrahim di Fbnya di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.
(Foto BERNAMA) Azrin mengaku tidak bersalah menghina Al-sultan Abdullah dan Sultan Ibrahim di Fbnya di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia