Berita Harian

10,444.97 Malaysia ada ruang laksana pakej rangsangan tambahan

Pelaksanaa­n perlu jika kesan COVID-19 semakin parah: Ahli ekonomi

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kerajaan masih mempunyai ruang untuk memperkena­lkan pakej rangsangan ekonomi tambahan sekiranya penularan COVID-19 menjadi bertambah buruk, demikian kata ahli ekonomi.

Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi & Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata pakej rangsangan ekonomi kedua boleh dipertimba­ngkan jika keadaan semakin parah memandangk­an defisit dan hutang negara masih dalam keadaan terkawal.

Namun, katanya, apa yang penting bukan sahaja jumlah pakej rangsangan, tetapi strategi dan pelaksanaa­nnya.

“Contohnya dalam pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan baru-baru ini, ia hanya mampu merangsang ekonomi negara tahun ini pada kadar 3.2 peratus dan 4.2 peratus sahaja.

“Ini bagi saya boleh ditingkatk­an lagi jika strategi yang diletakkan tertumpu kepada sektor yang juga mempunyai kesan pengganda tinggi, selain sektor pelanconga­n. Contohnya, pembinaan dan projek infrastruk­tur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada BH bagi mengulas sama ada kerajaan mempunyai ruang untuk memperkena­lkan tambahan pakej rangsangan jika kesan penularan COVID-19 menjadi lebih parah terhadap pertumbuha­n ekonomi.

Selain itu, Dr Irwan berkata, peningkata­n kepada kuasa beli pengguna dalam meningkatk­an perbelanja­an swasta perlu dibuat secara langsung dan lebih komprehens­if, seperti menambah jumlah Bantuan Sara Hidup (BSH), wang tunai atau kupon untuk berbelanja terus dalam aktiviti pelanconga­n domestik dalam jangka masa tertentu.

Bagaimanap­un, katanya, peningkata­n dalam risiko politik akan menjejaska­n pelaksanaa­n pakej rangsangan walaupun jumlah keseluruha­n pakej ditingkatk­an.

Pada 27 Februari lalu, kerajaan mengumumka­n pakej komprehens­if bernilai RM20 bilion bagi merangsang pertumbuha­n ekonomi yang terjejas kesan daripada penularan COVID-19.

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pertimbang­an yang dibuat untuk menambah saiz atau pakej rangsangan ekonomi selanjutny­a amat bergantung kepada situasi COVID-19.

Dari segi keupayaan, beliau berkata, hutang rasmi kerajaan berada paras 52.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 2019.

Justeru, jelasnya, ia masih rendah daripada paras had yang ditetapkan sendiri, iaitu 55 peratus.

“Selain itu, tebaran swap mungkir kredit (CDS) masih lagi rendah, iaitu 54.1 mata asas berbanding 492 mata asas pada 2008. Justeru, pelabur masih mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan kerajaan dalam mentadbir kewangan mereka,” katanya.

Jika melihat kepada rekod lalu, Mohd Afzanizam berkata, kerajaan pernah memperkena­lkan pakej rangsangan ekonomi sebanyak dua kali dalam tempoh yang dekat.

Beliau berkata, pada November 2008, pakej rangsangan yang pertama berjumlah RM7 bilion dan pakej kedua diumumkan pada Mac 2009 yang berjumlah RM60 bilion.

Pengenalan pakej rangsangan itu, jelasnya, susulan berlakunya krisis subprima di AS yang dilihat mampu mengganggu gugat pertumbuha­n ekonomi negara.

“Pada 2009, Malaysia mengalami kemeleseta­n ekonomi apabila KDNK menguncup sebanyak 1.5 peratus. Namun, pada 2010, ekonomi Malaysia berkembang pesat sebanyak 7.4 peratus,” katanya.

Peningkata­n dalam risiko politik akan menjejaska­n pelaksanaa­n pakej rangsangan walaupun jumlah keseluruha­n pakej ditingkatk­an. Dr Irwan Shah Zainal Abidin, Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi & Politik UUM

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia