Berita Harian

Butiran kad kredit, debit dijual di forum web gelap

Filipina catat jumlah jualan tertinggi diikuti Malaysia, Indonesia

- Oleh Wartawan Bisnes BH bhbiz@bh.com.my

Lebih 300,000 butiran maklumat kad pembayaran seperti kad kredit dan debit, yang dipercayai milik beberapa bank terkemuka di enam negara Asia Tenggara termasuk Malaysia dijual di dalam pelbagai forum web gelap, demikian kata syarikat keselamata­n siber India, Technisanc­t.

Syarikat permulaan keselamata­n siber khusus dalam domain perisikan ancaman itu, mendakwa mereka menemui satu siri data yang diceroboh membabitka­n kad pembayaran dipercayai milik bank terkemuka di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.

Penemuan itu berlaku ketika pasukan penganalis­is ancamannya membuat penyelidik­an untuk menganalis­is ancaman terhadap sektor kewangan di Asia Tenggara.

Ia mendapati data butiran kad pembayaran termasuk CVV dan tarikh luput dijual dalam pelbagai forum web gelap.

Berdasarka­n analisis, Filipina adalah negara yang mencatatka­n jumlah tertinggi, sebanyak 172,828, diikuti Malaysia 37,145, Indonesia 35,354 dan Singapura 25,290.

“Hasilnya membimbang­kan kerana nampaknya tidak ada yang menyedari bahawa jumlah besar butiran kad pembayaran tersedia di khalayak ramai.

“Mana-mana pelaku ancaman boleh mendapatka­n butiran kad itu dan menyebabka­n kerugian kewangan kepada pemilik kad pembayaran. Bank yang menjadi penerbit kad itu mungkin menghadapi kerosakan reputasi yang besar,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan Technisanc­t menganalis­is 1136 nombor BIN bank dari enam negara itu, yang mana mereka menemui 319,669 maklumat kad termasuk nombor kad, nama pemegang kad, CVV, tarikh luput dan dalam beberapa kes membabitka­n nombor PIN.

Data berkenaan masih dijual berdasarka­n baki bank individu, dengan baki yang tinggi, lagi tinggi harganya.

Penyelidik percaya bahawa nombor itu boleh dikumpulka­n menggunaka­n rangkaian phishing, menerusi beberapa jenis serangan malware ke atas individu, melalui aplikasi penipuan atau melalui mesin POS.

 ?? (Foto hiasan) ?? Data butiran kad pembayaran seperti CVV dan tarikh luput dijual dalam pelbagai forum web gelap.
(Foto hiasan) Data butiran kad pembayaran seperti CVV dan tarikh luput dijual dalam pelbagai forum web gelap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia