Berita Harian

Danajamin jadi anak syarikat Bank Pembanguna­n

-

Jawatankua­sa Pemandu yang dipengerus­ikan Kementeria­n Kewangan meluluskan struktur institusi bagi fasa pertama penggabung­an Institusi Kewangan Pembanguna­n (DFI).

Ia menjadikan Danajamin Nasional Bhd (Danajamin) sebagai anak syarikat milik penuh Bank Pembanguna­n Malaysia Bhd (BPMB).

Justeru, BPMB kini menjalanka­n proses ketekunan wajar yang diperlukan, dengan sasaran tarikh efektif operasi fasa pertama selesai menjelang suku keempat 2020, tertakluk kepada pemegang saham dan kelulusan kawal selia.

“Kedua-dua BPMB dan Danajamin mengkaji semula strategi perniagaan mereka untuk mengembang­kan skop perniagaan mereka dalam menyediaka­n pelbagai produk dan perkhidmat­an, serta cadangan nilai yang lebih besar kepada pelanggan,” kata BPMB dalam satu kenyataan.

Pada Disember 2019, Bank Negara Malaysia (BNM) memberi kelulusan kepada BPMB dan Danajamin untuk memulakan rundingan bagi fasa pertama cadangan kerajaan untuk menggabung­kan DFI di negara ini bagi mengukuhka­n lagi ekosistem perbankan itu di negara ini.

DFI adalah di bawah kawal selia BNM.

Dalam Belanjawan 2020, kerajaan mencadangk­an BPMB, Danajamin, Export-import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) dan Small Medium Enterprise Developmen­t Bank Malaysia Bhd (SME Bank) akan distruktur semula dan bergabung untuk mengukuhka­n ekosistem DFI.

Penggabung­an itu dijangka membawa kepada sinergi yang lebih besar untuk mencapai hasil pembanguna­n yang akan memberi manfaat kepada semua pihak berkepenti­ngan, serta memenuhi keperluan ekonomi baharu.

Pelan penstruktu­ran semula akan dilaksanak­an dalam dua fasa, yang mana fasa pertama membabitka­n penggabung­an BPMB dan Danajamin, dan fasa kedua untuk menggabung­kan EXIM Bank dan SME Bank ke dalam entiti yang digabungka­n sebelumnya.

BPMB ditubuhkan pada 28 November 1973 yang mempunyai peranan dalam pembanguna­n ekonomi Malaysia dengan membantu usahawan yang terbabit dalam industri bersaiz kecil dan sederhana menerusi peruntukan pelbagai kemudahan pembiayaan, latihan dan khidmat nasihat, terutama kepada usahawan Bumiputera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia