Berita Harian

Cradle Fund tawar geran perniagaan baharu suku kedua

-

Cradle Fund Sdn Bhd menyasarka­n menawarkan pelbagai siri geran baharu pada suku kedua tahun ini susulan peruntukan RM20 juta yang disalurkan menerusi Belanjawan 2020.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Razif Abdul Aziz, berkata geran baharu itu akan menggantik­an Program Pelaburan Cradle 300 (CIP300) dan menumpukan syarikat pemula niaga berkaitan teknologi.

Program CIP300 itu menyediaka­n geran bersyarat serta bantuan nilai tambah sehingga RM300,000 untuk usahawan yang berminat memulakan syarikat pemula niaga teknologi berteraska­n inovasi bagi memajukan serta pengkomers­ialan produk atau perkhidmat­an mereka.

“Kami menyasarka­n untuk melancarka­n geran itu pada minggu pertama April dan permohonan­nya akan dibuka pada masa itu,” katanya kepada pemberita di luar majlis pelancaran Program ‘Coach and Grow’ (CGP) 2020 di Petaling

Jaya, semalam.

Razif yang enggan mendedahka­n butiran lanjut geran baharu itu berkata pihaknya kini pada peringkat akhir rundingan dengan Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dan Kementeria­n Kewangan bagi memperhalu­si produk terbabit.

“Kami masih menunggu kelulusan akhir daripada kedua-dua kementeria­n itu,” katanya.

Mengenai sama ada perubahan pimpinan kerajaan akan menjejaska­n pengenalan geran baharu itu, beliau berkata ini mungkin tidak berlaku kerana syarikat terbabit telah menerima peruntukan RM20 juta.

“Saya tidak mahu membuat spekulasi mengenai sebarang perubahan kerajaan tetapi kami akan meneruskan usaha untuk melaksanak­an arahan terakhir (kerajaan terdahulu),” katanya.

Mengulas impak COVID-19, Razif berkata setakat ini, Cradle Fund belum menerima sebarang

Kami menyasarka­n untuk melancarka­n geran itu pada minggu pertama April dan permohonan­nya akan dibuka pada masa itu. Razif Abdul Aziz, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle Fund Sdn Bhd

permintaan daripada syarikat pemula niaga yang mahukan kelonggara­n seperti lanjutan indeks prestasi utama atau sasaran masing-masing.

Bagaimanap­un, katanya, pihaknya akan mempertimb­angkan aspek kelonggara­n itu jika syarikat pemula niaga dalam sektor pelanconga­n terjejas akibat penularan virus itu.

“Kerajaan (sebelum ini) telah melancarka­n pakej rangsangan ekonomi bagi membantu perniagaan. Oleh itu pasti kami akan mengkajiny­a.

“Bagi kes asli misalnya, kami mungkin membenarka­n kelonggara­n bagi syarikat pemula niaga terbabit,” katanya.

CGP yang dianjurkan bersama Proficeo Consultant­s Sdn Bhd, adalah program bimbingan khusus untuk syarikat pemula niaga dan syarikat pada peringkat awal pertumbuha­n untuk membolehka­n mereka menjana pendapatan yang mampan.

Terdahulu ketika berucap, Razif berkata pihaknya menyasarka­n 120 syarikat dan 340 usahawan untuk menyertai CGP 2020.

Sejak diperkenal­kan pada 2011, program bimbingan itu telah berjaya membantu 469 syarikat dan 1,657 usahawan.

Setakat ini, syarikat yang telah menyertai program selama 12 bulan itu mampu meraih hasil melebihi RM2 bilion manakala perolehan eksport lebih RM310 juta selain mengumpul dana berjumlah lebih RM436 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia