Berita Harian

Inovasi MPOB hasil lassi berasas kelapa sawit

Produk minuman berpotensi tinggi untuk dikomersia­lkan firma tempatan

- Oleh Alzahrin Alias zahrin@bh.com.my

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menghasilk­an produk minuman lassi berasaskan kelapa sawit yang berpotensi tinggi untuk dikomersil­kan.

MPOB dalam satu kenyataan berkata, ia adalah produk inovatif baru yang boleh digunakan oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) MPOB itu diketuai oleh Nur Haqim Ismai.

“Penyelidik MPOB membangunk­an produk minuman lassi berasaskan kelapa sawit yang berpotensi tinggi dikomersil­kan oleh syarikat Malaysia, terutamany­a PKS.

“Produk itu dicipta terutama untuk minuman kesihatan. Secara tradisinya, lassi, minuman yang berasal dari India, dibuat dengan menggunaka­n susu kerbau atau lembu dengan bakteria asid laktik.

“Lassi berasaskan sawit adalah sejenis minuman baharu dengan potensi komersil yang tinggi di pasaran tempatan.

“Ia dihasilkan melalui pengasidan langsung dan kurang memakan masa berbanding kaedah penapaian konvension­al,” katanya.

Penyelidik MPOB juga mendapati penggantia­n lemak susu dengan minyak kelapa sawit menghasilk­an lassi yang lebih sihat kerana kandungann­ya tidak mengandung­i kolesterol dan lemak trans.

MPOB berkata, syarikat Malaysia boleh memanfaatk­an peluang ini kerana ianya masih tidak tersedia atau terdapat di pasaran.

“Oleh itu, ia mempunyai potensi besar untuk dikomersia­lkan di pasaran, dengan harga yang kompetitif dengan penerimaan keseluruha­n yang lebih baik berbanding lassi komersil,” katanya.

Lassi berasaskan sawit adalah sejenis minuman baharu dengan potensi komersial yang tinggi di pasaran tempatan.

Kenyataan MPOB

 ?? (Foto ihsan MPOB) ?? Lassi berasaskan minyak sawit lebih sihat kerana tidak mengandung­i kolesterol dan lemak trans.
(Foto ihsan MPOB) Lassi berasaskan minyak sawit lebih sihat kerana tidak mengandung­i kolesterol dan lemak trans.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia