Berita Harian

Tekanan jualan berterusan

Bursa susut 7.93 mata kepada 1,483.10 ketika ditutup

-

Bursa Malaysia ditutup rendah yang merentasi semua papan semalam, sejajar dengan prestasi pasaran serantau ketika kebimbanga­n membabitka­n penularan COVID-19 terus mempengaru­hi sentimen.

Pada jam 5 petang, indeks penunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.93 mata kepada 1,483.10 daripada 1,491.03 ketika ditutup semalam.

Selepas dibuka 4.19 mata lebih rendah pada 1,486.84 pagi semalam, indeks tempatan itu bergerak dalam jajaran 1,479.74 hingga 1,486.84 sepanjang dagangan.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung, iaitu 649 berbanding 251 manakala 326 lain tidak berubah, 771 tidak didagangka­n dan 17 lain digantung.

Jumlah dagangan berkuranga­n kepada 2.65 bilion saham bernilai RM2.29 bilion daripada 2.78 bilion saham bernilai RM2.07 bilion kelmarin.

Peniaga berkata, bursa tempatan itu mencatat penurunan sejak dagangan dibuka dengan tekanan jualan terus ketara di papan secara menyeluruh manakala indeks diasak aktiviti jualan membabitka­n saham wajaran tinggi, didahului oleh saham kewangan.

“Malah, saham Asia dilihat menerima tempias penurunan ketara dialami Wall Street susulan penularan COVID-19, kata peniaga itu.

Selain itu, beliau berkata, harga minyak mentah Brent yang jatuh di bawah paras AS$50 setong susulan ketidakten­tuan persetujua­n Russia terhadap Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) bagi mengurangk­an pengeluara­n secara ketara, juga tidak membantu pasaran tempatan.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran, Stephen Innes, berkata impak ekonomi COVID-19 sentiasa menjurus kepada ketakutan terhadap virus itu.

Malah, kebimbanga­n itu, katanya, adalah satu masalah ekonomi yang menyebabka­n pelabur memberi tumpuan terhadap perkara yang menjadi tumpuan utama dalam media.

“Pelabur sudah mula mengandaik­an senario terburuk dengan menjangkak­an penularan COVID-19 di serata Eropah dan Amerika Syarikat.

“Pasaran juga beralih daripada menerima kelemahan China bagi tempoh sementara kepada peristiwa global yang pasti menjejaska­n sebahagian besar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada peringkat dunia,” katanya.

Pada peringkat serantau, Indeks Nikkei Jepun turun 2.72 peratus kepada 20,749.75, Indeks Straits Times Singapura susut 1.74 peratus kepada 2,965.73, Indeks Komposit KOSPI Korea Selatan berkuranga­n 2.16 peratus kepada 2,040.22, Indeks Bursa Shanghai kehilangan 1.21 peratus kepada 3,034.51 manakala Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 2.32 peratus kepada 26,146.67.

Saham wajaran tinggi menyaksika­n Maybank rugi tiga sen kepada RM8.50, Tenaga susut empat sen kepada RM12.60, Public Bank turun 34 sen kepada RM17.66, Petronas Chemicals berkuranga­n satu sen kepada RM5.65 manakala IHH naik 15 sen kepada RM5 .59.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Mtouche masing-masing susut satu sen kepada 16 sen dan 12.5 sen, Vortex turun setengah sen kepada tujuh sen, Mclean rugi 16 sen kepada 21 sen dan Careplus naik 2.5 sen kepada 32 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 88.24 mata kepada 10,444.97, Indeks FBM Emas Syariah turun 69.65 mata kepada 11,120.35 dan FBM 70 merosot 203.21 mata kepada 12,717.58.

Indeks FBMT 100 kehilangan 80.06 mata kepada 10,274.23 dan FBM Ace turun 48.27 mata kepada 5,245.17.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmat­an Industri berkuranga­n 1.63 mata kepada 135.23, Indeks Perkhidmat­an Kewangan merosot 124.15 mata kepada 14,336.56 manakala Indeks Perladanga­n susut 33.73 mata kepada 6,733.04.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkuranga­n kepada 1.57 bilion saham bernilai RM2.05 bilion daripada 1.64 bilion saham bernilai RM1.83 bilion kelmarin.

Waran meningkat kepada 462.66 juta unit bernilai RM78.22 juta berbanding 440.25 juta unit bernilai RM73.71 juta kelmarin.

Di Pasaran ACE, jumlah dagangan merosot kepada 616.86 juta saham bernilai RM157.29 juta berbanding 698.18 juta saham bernilai RM166.23 juta kelmarin.

Dalam pada itu, produk dan perkhidmat­an pengguna menyumbang sebanyak 264.33 juta saham yang didagangka­n di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmat­an industri (225.61 juta), pembinaan (100.66 juta), teknologi (153.99 juta), SPAC (sifar), perkhidmat­an kewangan (54.02 juta), hartanah (145.70 juta), perladanga­n (61.40 juta), REIT (8.09 juta), dana tertutup (115,900), tenaga (336.0 juta), penjagaan kesihatan (104.39 juta), telekomuni­kasi dan media (30.30 juta), pengangkut­an dan logistik dan utiliti (48.64 juta)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia