Berita Harian

WHO kecewa ada negara tak serius elak jangkitan

Gesa ketua kerajaan ambil alih tanggungja­wab

-

Beijing: Pegawai kesihatan global memberi amaran bahawa sebilangan negara tidak cukup serius terhadap usaha menangani krisis COVID-19.

Petugas perubatan semakin lantang bersuara mengenai kekurangan persediaan hospital yang membimbang­kan, ketika wabak semakin merebak di Eropah dan Amerika Syarikat (AS).

Kelmarin, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumka­n, ada ‘senarai panjang’ negara tidak menunjukka­n ‘tahap komitmen politik’ yang diperlukan dan sepadan dengan ancaman sedang dihadapi.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, menegaskan epidemik itu adalah ancaman terhadap setiap negara, baik yang kaya mahu pun miskin.

“Ini bukan suatu latihan, apa yang diperlukan ialah ‘persediaan agresif’,” katanya kepada pemberita.

Beliau turut menggesa ketua kerajaan di setiap negara mengambil alih tanggungja­wab bagi bertindak balas serta ‘menyelaras­kan semua sektor’, bukan hanya menyerahka­n perkara itu kepada Kementeria­n Kesihatan.

Di AS, kesatuan jururawat yang terbesar memaklumka­n bahawa satu kajian membabitka­n ribuan jururawat di hospital menunjukka­n hasil yang ‘benar-benar membimbang­kan’.

Pakar kebersihan daripada kesatuan itu, Jane Thomason, berkata kajian menunjukka­n peratusan besar hospital di AS tidak bersedia untuk menangani COVID-19 dengan selamat.

Pengarah Jururawat Kebangsaan Bersatu, Bonnie Castillo, pula berkata jururawat bekerja tanpa peralatan perlindung­an diri diperlukan, selain kekurangan pendidikan dan latihan untuk menangani penyakit berkenaan.

Pasaran global terus merudum akibat epidemik itu, manakala sesetengah negara mengambil langkah lebih drastik bagi mencegah penularan virus yang sudah meragut lebih 3,300 nyawa serta menjangkit­i hampir 100,000 orang di kira-kira 85 negara.

Kes COVID-19 terus melonjak di Itali, Perancis, Greece dan Iran, bahkan sebuah kapal persiaran ditahan di pantai California bagi menyaring penumpang yang menunjukka­n simptom penyakit itu.

Ia mengulangi episod pahit di Jepun yang menyaksika­n ratusan orang dijangkiti di atas sebuah kapal mewah, Diamond Princess, beberapa minggu lalu.

Epidemik itu menjejaska­n perniagaan antarabang­sa, pelanconga­n, acara sukan dan persekolah­an, dengan hampir 300 juta pelajar seluruh dunia dihantar pulang ke rumah.

Malah, ia turut memberi kesan terhadap bidang agama, yang mana Vatican memaklumka­n bahawa Pope Francis mungkin perlu menukar jadualnya.

Sementara itu, Bethlehem dikenakan perintah berkurung manakala Arab Saudi mengosongk­an lokasi paling suci umat Islam di Makkah bagi melaksanak­an kerja nyah kuman.

Ini bukan suatu latihan, apa yang diperlukan ialah ‘persediaan agresif’. Tedros Adhanom Ghebreyesu­s, Ketua Pengarah WHO

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia