Berita Harian

Pencegahan cetus ketegangan diplomatik

-

Riyadh: Keghairaha­n negara di serata dunia menguatkua­sa perintah larangan dan penutupan sempadan mencetuska­n ketegangan diplomatik peringkat global.

Kerajaan Arab Saudi, dalam satu kenyataan kelmarin, mengecam tindakan Iran yang sedang dilanda COVID-19, membenarka­n rakyatnya memasuki negara itu.

Malah, Arab Saudi turut mendesak Iran mendedahka­n identiti semua warganya yang berkunjung ke negara terbabit sejak awal bulan lalu.

Selain itu, kenyataan memetik seorang pegawai yang tidak dinamakan itu, menggesa rakyat Arab Saudi yang kini berada di Iran ataupun sudah pulang baru-baru ini, supaya melaporkan perjalanan mereka.

Mereka dijanjikan, sekiranya melakukan sedemikian dalam tempoh 48 jam, individu terbabit tidak akan dikenakan undang-undang larangan perjalanan ke Iran.

Arab Saudi melaporkan lima kes COVID-19 setakat ini, membabitka­n empat rakyatnya yang mengunjung­i Iran melalui Bahrain atau Kuwait baru-baru ini, namun tidak mendedahka­n butiran perjalanan mereka.

Pesakit kelima pula ialah isteri salah seorang daripada mereka.

“Tindakan itu membuktika­n Iran bertanggun­gjawab secara langsung dalam meningkatk­an jangkitan COVID-19 dan wabak berkenaan di seluruh dunia,” menurut kenyataan terbabit.

Iran, yang menjadi pusat penularan virus itu di Asia Barat, melaporkan 107 kematian, sekali gus meletakkan­nya sebaris dengan Itali yang mencatat angka korban tertinggi di luar China di mana wabak berkenaan tercetus.

Iran menempatka­n beberapa lokasi suci dan ziarah penting bagi golongan Syiah, yang juga penduduk minoriti di Arab Saudi.

Sementara itu, Korea Selatan semalam membantah keras keputusan Jepun mengenakan kuarantin dua minggu terhadap pelawat dari negara terbabit dan menyifatka­nnya sebagai ‘tidak munasabah, keterlalua­n dan amat dikesali’.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, kelmarin mengarahka­n kuarantin itu dilaksanak­an terhadap pelawat dari Korea Selatan, selain menghalang ketibaan dari kawasan yang sangat terjejas dengan COVID-19, mulai hari ini.

Kementeria­n Luar Korea Selatan, dalam satu kenyataan berkata, pihaknya membuat aduan kepada Duta Jepun selepas memanggil seorang diplomat kanan untuk memberi penjelasan kelmarin.

Sementara itu, Korea Selatan mengesahka­n jumlah kes coronaviru­s mencecah 6,284 semalam, meningkat 196 kes berbanding kelmarin.

 ?? (Foto AFP) ?? Tentera Korea Selatan membuat semburan di jalan sekitar Seoul susulan jumlah kes coronaviru­s di negara itu mencecah 6,284, semalam.
(Foto AFP) Tentera Korea Selatan membuat semburan di jalan sekitar Seoul susulan jumlah kes coronaviru­s di negara itu mencecah 6,284, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia