Berita Harian

‘Wanita dipandang serong’

-

New York: Hampir 90 peratus penduduk dunia prejudis terhadap wanita, menurut kajian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang diterbitka­n kelmarin sempena Hari Wanita Antarabang­sa.

Kajian Program Pembanguna­n PBB (UNDP) membabitka­n 75 negara mewakili 80 peratus penduduk dunia itu mendapati sembilan daripada setiap 10 orang termasuk wanita, berpegang kepada kepercayaa­n sedemikian.

Pandangan prejudis itu termasuk lelaki adalah ahli politik dan pemimpin perniagaan yang lebih baik berbanding wanita; kemasukan universiti lebih penting bagi lelaki berbanding wanita dan lelaki harus diberi keutamaan dalam pasaran kerjaya yang kompetitif.

Pakistan mencatatka­n peratusan terbesar mereka yang berpegang kepada sekurang-kurang satu kecenderun­gan prejudis seksual iaitu 99.81 peratus, diikuti Qatar dan Nigeria dengan 99.73 peratus.

Negara yang mempunyai penduduk terendah berpegang pada kepercayaa­n prejudis seksual pula ialah Andorra (27.01 peratus), Sweden (30.01 peratus) dan Belanda (39.75 peratus).

Perancis, Britain dan Amerika Syarikat (AS) masing-masing mencatat 56 peratus, 54.6 peratus serta 57.31 peratus orang mempunyai sekurang-kurang satu kecenderun­gan prejudis seksual.

Angka berkenaan menunjukka­n ‘petunjuk baharu kepada halangan tidak nampak yang dihadapi wanita untuk mencapai kesaksamaa­n’ biarpun selepas ‘kemajuan selama berdekad-dekad’, menurut UNDP dalam satu kenyataan dilampirka­n bersama laporan itu.

Pentadbir UNDP, Achim Steiner, berkata usaha yang begitu berkesan bagi memastikan tiada jurang dalam kesihatan atau pendidikan kini mesti berkembang.

“Ia perlu menangani suatu perkara jauh lebih mencabar iaitu berat sebelah yang ditanam dalam kalangan lelaki dan wanita mengenai kesaksamaa­n sebenar,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia