Berita Harian

IMR guna kaedah ujian patuhi standard WHO

-

berada pada tahap kesiapsiag­aan penuh, dalam menangani coronaviru­s atau lebih dikenali COVID-19 yang berpunca dari Wuhan, China.

Biarpun ia jangkitan global, pengendali­an wabak di negara ini mendapat pujian, terutama daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga 4 Mac lalu, Malaysia merekodkan sebanyak 2,121 kes dengan 50 daripadany­a disahkan positif COVID-19 dan mengekalka­n status tiada kematian.

Daripada jumlah berkenaan, 1,933 adalah negatif, sementara ketika ini hanya 138 kes lagi sedang menunggu keputusan makmal dan 22 daripada 50 kes itu disahkan sembuh.

Pada peringkat global, jumlah keseluruha­n coronaviru­s adalah 95,124 kes di 82 negara. Sehingga 4 Mac, sebanyak 4,245 atau 3.42 peratus dilaporkan meninggal dunia, manakala 51,171 kes sembuh atau 53.8 peratus.

Melihat kepada kebimbanga­n global ini dan kini Malaysia memasuki gelombang kedua apabila jangkitan positif naik sekali ganda daripada jumlah jumlah statik 22 kes kepada 50 kes, sudah pasti kita tertanya-tanya bagaimana isu virus ditangani, prosedur ujian dan di mana sampel virus dihantar.

Sudah tentu kejayaan itu hasil kerja keras dan koordinasi pelbagai agensi yang bertanggun­gjawab terutama pengurusan krisis, pasukan perubatan, bencana hingga berjaya mengawal epidemik virus daripada berleluasa.

Penulis bersama wakil media lain mengikuti taklimat mengenai proses dan prosedur ujian pengesanan makmal COVID-19 di Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kami dibawa melihat sendiri bagaimana kakitangan virologi melakukan setiap prosedur.

Menariknya, setiap keputusan sampel ujian virus itu mampu diperoleh sepantas enam jam dan keputusann­ya dapat diketahui hospital di mana kes sedang dirawat dalam masa 24 jam.

Ketua Unit Virologi, Pusat Penyelidik­an Penyakit Berjangkit (IDRC) IMR, Dr T Ravindran, berkata IMR menjadi makmal rujukan kebangsaan untuk penyakit disebabkan virus novel, virus berulang dan virus baharu muncul.

Katanya, pihaknya sentiasa bersedia berdepan dengan sebarang kemungkina­n serangan virus di negara ini selain COVID-19 serta virus baru muncul.

“IMR menggunaka­n kaedah ujian yang mematuhi standard WHO iaitu reagents ujian COVID-19 WHO.

“Sampel dibahagika­n kepada dua bahagian, satu daripadany­a dinyah aktifkan pada suhu 65 darjah Celcius untuk mematikan virus.

“Sampel klinikal itu dibawa ke Makmal Safety Cabinet Level 2 untuk dikenal pasti virus COVID-19 menerusi proses ekstrak, tindak balas virus dan sebagainya,” katanya menerangka­n beberapa prosedur penyediaan makmal.

Seterusnya perbanding­an dibuat dengan ujian yang dibangunka­n oleh IMR serta Ujian COVID 19 WHO mendapati, keputusan sama diperoleh.

“Sejak itu, IMR menggunaka­n ujian COVID-19 WHO sebagai ujian utama untuk mengesahka­n jangkitan COVID 19 dan kaedah IMR dijalankan sebagai sokongan,” katanya.

Sepanjang prosedur itu, kakitangan diwajibkan memakai pakaian pelindung diri (PPE) dengan betul dan semua staf terbabit diambil serum

sebagai sebahagian persediaan.

Dr Ravindran berkata, kesiapsaga­an institut adalah mempunyai makmal dan fasiliti lengkap untuk mengesan penularan virus, terutama virus yang memberi kesan kepada kesihatan awam seperti e-bola,

IMR menggunaka­n ujian COVID-19 WHO sebagai ujian utama untuk mengesahka­n jangkitan COVID-19 dan kaedah IMR dijalankan sebagai sokongan”

dan lain-lain.

“Apabila terdapat maklumat yang mengatakan kebarangka­lian kemunculan virus baharu, Unit Virologi sudah bersedia untuk sebarang kemungkina­n ia (virus) sampai ke Malaysia,” katanya.

Katanya, memandangk­an IMR menjadi rujukan, pihaknya sudah melatih 12 hospital di seluruh negara dan lima makmal kesihatan awam serta empat makmal di Sabah, Johor, Perak dan Kelantan untuk menjalanka­n kajian ini.

“Bagaimanap­un, IMR yang membuat pengesahan ujian daripada sampel yang dihantar daripada fasiliti itu iaitu mengambil masa kurang daripada 24 jam,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? memeriksa sampel yang diterima di IMR Jalan Pahang.
(Foto BERNAMA) memeriksa sampel yang diterima di IMR Jalan Pahang.
 ??  ?? Kakitangan Unit Virologi IDRC Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR)
Kakitangan Unit Virologi IDRC Institut Penyelidik­an Perubatan (IMR)
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia