Berita Harian

Dilengkapi ciri keselamata­n termaju

- • Model ini didatangka­n dengan pilihan empat warna iaitu hitam mutiara, perak, kelabu dan putih mutiara.

standard termasukla­h lampu utama dan lampu belakang LED, Sistem Bantuan Parkir Pintar dengan Bantuan Brek (belakang), sistem kamera 360 darjah pelbagai pandangan serta Honda Lanewatch dan versi Malaysia turut diberikan rim aloi 18-inci.

Seperti model semasa, Accord serba baharu ini turut dilengkapi dengan ciri keselamata­n Honda SENSING, dengan Amaran Ketibaan Lorong (LDW), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Penguranga­n ketibaan Jalan (RDW), Sistem Brek Penguranga­n Pelanggara­n (CMBS), Amaran Pelanggara­n Hadapan (FCW) dan Kawalan

Kelajuan Adaptif (ACC) yang bekerjasam­a dengan Low Speed Follow (LSF).

Accord serba baharu ini juga menerima penarafan lima bintang daripada ASEAN NCAP, dengan didatangka­n ciri keselamata­n standard termasuk enam beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), ABS, EBD dan Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HSA) dan penderia parkir hadapan/belakang.

Penampilan keseluruha­n Accord generasi ke-10 ini mempunyai rekaan yang lebih luas, bumbung yang lebih rendah dan hud yang lebih panjang; menonjolka­n postur yang bergaya dan anggun bersama gril depan krom berkembar signatur Honda, lampu utama dan lampu belakang LED.

Melengkapk­an bahagian luar maskulin Accord serba baharu ini ialah ciri yang bukan saja baharu tetapi juga unik pada rim aloi 18-inci Honda dengan Resonator, yang direka khas untuk mengurangk­an bunyi tayar dengan menggunaka­n resonator ke roda.

Dari segi dimensi, jarak antararoda untuk Accord serba baharu meningkat sebanyak 55 milimeter (mm); ruang kaki belakang kini lebih luas dengan tambahan 48 mm, memberikan lebih keselesaan kepada penumpang.

 ??  ?? Honda Accord serba baharu didatangka­n dengan gaya lebih elegan dan ciri keselamata­n progresif.
Honda Accord serba baharu didatangka­n dengan gaya lebih elegan dan ciri keselamata­n progresif.
 ??  ?? Sedan eksekutif paling menonjol daripada Honda Malaysia.
Sedan eksekutif paling menonjol daripada Honda Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia