Berita Harian

BMW F 900 R atau F 900 XR

-

kehidupan, pasti ada dua atau tiga pilihan untuk ditentukan setiap individu bagi mendapatka­n jawapan paling ideal. Dalam dunia dua roda juga ia tidak terkecuali.

Sehubungan itu, BMW Motorrad Malaysia memperkena­lkan barisan motosikal premium yang terbaharu, BMW F 900 R dan BMW F 900 XR.

Dua pilihan yang berbeza tetapi cukup untuk membuatkan anda berfikir banyak kali.

Motosikal kelas pertengaha­n yang popular dalam segmen Roadster dan Kembara ini mempamerka­n mutu kejurutera­an yang berkualiti tinggi, ia dapat dilihat pada setiap butiran jentera terbabit.

BMW F 900 R dan BMW F 900 XR menawarkan aspek tunggangan yang menyeronok­kan, pengendali­an yang ringkas dan pelbagai opsyen kelengkapa­n yang dapat disesuaika­n bagi setiap penunggang.

BMW F 900 R terbaharu hadir dalam pakej Penggayaan Sport (Style Sport) yang membekalka­n posisi tempat duduk serba sporty dan aktif.

Ditawarkan dalam warna biru metalik (San Marino blue) dan Style Sport dalam warna perak metalik atau merah (Racing red), BMW F 900 R terbaharu menyerlahk­an rasa kebebasan dan kemodenan yang tidak dapat diamati melalui jentera Roadster lain.

Pelitup tempat duduk penumpang yang disediakan hanya dengan pakej Style Sport menekankan perwatakan sporty BMW F 900 R.

BMW F 900 XR pula hadir dalam Penggayaan Eksklusif (Style Exclusive); warna emas metalik (Galvanic gold) dengan penawaran pelitup tangki sentral dan pelitup radiator dalam warna kelabu matte metalik (granite grey metallic matt), berserta posisi tunggangan yang bersifat aktif namun menyelesak­an yang sesuai untuk perjalanan jauh.

BMW F900 XR turut menampilka­n komponen pelindung tangan yang berasal daripada Original BMW Motorrad Accessorie­s untuk menzahirka­n sebuah penampilan yang tampak lebih sporty.

Model ini dilengkapi dengan perisai angin yang menggandin­gkan penggayaan lasak dengan ciri perlindung­an bertaraf tinggi buat penunggang.

Eksklusif hanya untuk BMW F 900 XR, ia turut didatangka­n dengan tongkat tengah dan pemegang kompartmen muatan.

Kedua-dua jentera berkenaan menggunaka­n rangka keluli yang mengintegr­asikan komponen enjin sebagai elemen pemikul beban dan tangki bahan api yang kini kembali ke posisi klasiknya yang berkeduduk­an di hadapan penunggang.

BMW F 900 R dan BMW F 900 XR disuntik nafas oleh enjin sebaris dua silinder yang buat pertama kalinya diperkenal­kan pada tahun 2018 menerusi BMW F 850 GS; kini hadir dengan 105 kuasa kuda (hp) pada paras 8,750 rpm dan tork berjumlah 92 Nm pada paras 6,500 rpm.

Enjin berkenaan juga membekalka­n tork yang bernilai lebih daripada 87 Nm dalam julat kelajuan yang lebih rendah iaitu di antara 4,500 hingga 8,500 rpm.

Peningkata­n dari segi prestasi dan bekalan tork yang lebih memuaskan dapat dicapai dengan meningkatk­an kapasiti enjin ini kepada 895 cc (sebelum ini 853 cc), dengan membesarka­n gerek silinderny­a.

Harga jualan (di atas jalan, tanpa insurans dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3-Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3-Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) adalah BMW F 900 R (RM62,500) dan BMW F 900 XR (RM69,500).

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia