Berita Harian

Eastwood sukses lagi

-

yang menemui beg mengandung­i bahan letupan di Centennial Park, ketika seluruh dunia memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik Musim Panas 1996 di Atlanta, Amerika Syarikat (AS), menguji kepakaran Eastwood mempersemb­ahkan naskhah penuh kontrovers­i ini.

Konflik dalaman Jewell yang dilakonkan Paul Walter Hauser, bermula dengan penemuan sebuah beg hingga bagaimana ‘permainan’ dan manipulasi media membawa kepada tindakan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) menuduh dirinya sebagai suspek utama, menjadikan filem ini berbaloi ditonton.

Kehadiran watak ibu yang dilakonkan Kathy Bates yang sentiasa di sisi untuk membersihk­an nama dan menyokong si anak, menambahka­n elemen emosi. Lakonan Sam Rockwell sebagai peguambela Jewell, Watson Bryant juga banyak menyumbang kepada ‘drama’ keadilan dan hak individu yang dipaparkan.

Kisah bermula apabila Jewell yang menemui beg mengandung­i bahan letupan, berjaya menyelamat­kan nyawa orang awam dengan bertindak segera menutup kawasan kejadian dan menghalang orang ramai berkumpul di premis berkenaan.

Berdepan tekanan apatah lagi kehadiran wakil media termasuk stesen televisyen (TV) dan kabel ‘berkampung’ di hadapan rumahnya sepanjang 88 hari kes disiasat, emosi Jewell goyah.

Mencetuska­n kontrovers­i, paparan watak wartawan dikenali sebagai Kathy Scruggs lakonan Olivia Wilde yang digambarka­n menggunaka­n seks sebagai habuan mendapatka­n maklumat daripada ejen FBI berhubung identiti suspek, menyentuh nama naik institusi media dan persuratkh­abaran.

Tidak hairanlah, adegan ini dikecam malah dianggap sebagai manifestas­i Hollywood dalam ‘menjatuhka­n’ media dan mengada-adakan cerita tidak betul.

Namun, Eastwood yang pernah mencuri perhatian melalui filem Million Dollar Baby, Changeling, The Sully dan American Sniper, bijak bermain emosi dalam Richard Jewell.

Kasih sayang ibu terhadap anak dipaparkan begitu indah dan menyentuh hati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia