Berita Harian

Impian jadi mimpi ngeri dalam Fantasy Island

-

daripada program televisyen (TV) popular era 1980-an, berkisar sebuah pulau yang mampu mengubah fantasi pengunjung menjadi realiti.

Dalam versi yang terbaru ini, Blumhouse Production­s membawa fantasi lima pengunjung resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropika terpencil, menjadi kenyataan.

Ada antara mereka mahu membalas dendam, membetulka­n kesilapan lalu dan merasa nikmat kemewahan. Namun, realiti sebenar, sebagai manusia, kita tidak boleh sentiasa memiliki apa sahaja yang dihajati.

Melanie, watak yang dihidupkan Lucy Hale, mahu membalas dendam kerana pernah menjadi mangsa buli rakan sekolah. Patrick (Austin Stowell) pula mahu menjadi askar seperti bapanya.

Dua beradik, Brax (Jimmy O Yang) dan JD (Ryan Hansen) teringin hidup mewah, manakala Gwen (Maggie Q) berhajat membetulka­n kesilapan silam.

Kedatangan mereka dialualuka­n hos pulau peranginan itu, Roarke (Michael Peòa) dan pembantuny­a, Julia (Parisa Fitzhenley).

Namun, semua pengunjung tidak tahu Roarke mempunyai muslihat tersembuny­i. Ruparupany­a, untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung perlu menyelesai­kan misteri pulau berkenaan.

Tanpa menyedari muslihat itu, setiap pengunjung perlu menghabisk­an pengembara­an fantasi untuk terus hidup.

Semuanya perangkap di mana peserta tidak boleh menarik diri, melainkan bermain sehingga garisan penamat. Apabila mereka sedar sudah termasuk perangkap Roarke, masing-masing cuba menyelamat­kan diri. Namun, ‘permainan’ menjadi semakin sukar.

Lebih teruk, ada yang terkorban demi menyelamat­kan insan lain. Fantasi bertukar menjadi tragedi, apabila jumlah pengunjung yang meninggalk­an pulau berkenaan, tidak seramai ketika mula-mula tiba.

Filem ini berjaya membuatkan penonton tidak senang duduk dengan elemen kejutan, Bagaimanap­un, plot cerita bagai boleh dijangka. Penonton pasti mengharapk­an sesuatu yang lebih mengejutka­n, namun, semuanya dapat diagak.

diklasifik­asikan sebagai filem PG-13 berikutan adegan keganasan, pengambila­n barangan terlarang, penggunaan bahasa kasar dan beberapa elemen yang kurang sesuai untuk tontonan kanak-kanak.

daripada filem arahan Ruben Ostlund, yang ditayangka­n pada 2014, berkisar drama rumah tangga yang mampu membuatkan penonton menilai semula kebahagiaa­n mereka.

Disampaika­n melalui watak Pete lakonan Will Ferrell dan Billie yang dihidupkan Julia Louis-dreyfus,

membawa penonton mendalami hubungan yang di ambang kemusnahan.

Bagi mencari penyelesai­an, pasangan ini bersama dua anak lelaki, sepakat bercuti di pergununga­n Alps. Sangka Pete dan Billie, keindahan pergununga­n Alps yang diibaratka­n hamparan dibaluti salji, mampu memberi ketenangan kepada mereka.

Namun, kebahagiaa­n mereka hanya sekejap. Keluarga ini dikejutkan dengan kejadian salji runtuh ketika hendak menjamu selera. Lebih menambahka­n panik, Pete tiba-tiba hilang menyelamat­kan diri. Tinggallah Billie dan dua anaknya di meja makan.

Namun, Pete kembali dan melihat Billie serta dua anaknya berpelukan dan menggigil. Tindakan kurang bijak Pete menyebabka­n isterinya terkilan, lantas hubungan mereka jadi makin retak.

Apabila keadaan reda, Billie membiarkan Pete meluangkan masa dengan anak-anak. Billie berseorang­an bermain ski. Menambah plot, kesetiaan Billie diuji dengan kehadiran seorang jurulatih ski. Pete pula berhadapan karenah anak-anak.

Plot berlarutan dengan menyaksika­n pasangan ini cuba menangani masalah mereka. Sejak awal, komunikasi antara Pete dan Billie sudah menampakka­n tanda-tanda dingin.

Jalan cerita yang agak mendatar membuatkan filem ini kurang menaik. Namun, apa yang menjadi penyelamat adalah sinematogr­afi iaitu latar belakang pergununga­n Alps yang memukau.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia