Berita Harian

United singkir kelab Rooney

-

Derby, England: Pemain pinjaman, Odion Ighalo meledak dua gol ketika Manchester United menewaskan pasukan divisyen dua, Derby County 3-0 untuk mara ke suku akhir Piala FA seterusnya mengatasi pasukan penjaring terbanyak sepanjang zaman mereka, Wayne Rooney.

Pasukan Liga Kejuaraan, Derby bermula baik tetapi pasukan kendalian Ole Gunnar Solskjaer mengawal keadaan apabila pertahanan, Luke Shaw memecah kebuntuan pada minit ke-33 dengan rembatan yang menewaskan penjaga gol, Kelle Roos.

Shaw kemudian mengumpan kepada Ighalo untuk gol kedua United pada minit ke- 41.

Penyerang berusia 30 tahun dari Nigeria itu yang tiba di Old Trafford pada Januari menerusi perjanjian hujung tahun dengan kelab China, Shanghai Shenhua, menambah jaringan pada minit ke-70 hasil sepakan kaki kiri.

United akan ke Norwich City bagi pertembung­an kelompok lapan terakhir selepas kelab tercorot Liga Perdana itu menewaskan Tottenham Hotspur yang dikendalik­an bekas bos, Jose Mourinho, menerusi penalti kelmarin.

Rooney, yang menyertai Derby musim ini selepas berkelana ke MLS bersama DC United, ada peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan tetapi sepakan percuma pemain tengah itu pada minit ke-36 diselamatk­an penjaga gol United, Sergio Romero.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudianny­a dilayangka­n kad kuning kerana mengasari Scott Mctominay.

United beraksi tanpa kapten, Harry Maguire yang mengalami kecederaan pergelanga­n kaki ketika latihan.

“Dia mengalami kecederaan pergelanga­n kaki dalam latihan, Dia perlu berehat dan saya harap dia cergas untuk aksi hujung minggu ini, tapi saya tidak pasti,” kata Solskjaer yang akan menanti kehadiran City dalam pertembung­an tetangga Manchester.

 ??  ?? Shaw (kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan.
Shaw (kanan) meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia