Berita Harian

Liverpool mesti kembali ke landasan

Mane mahu rakan tingkat semangat, bersedia bangkit semula

-

London: Sadio Mane meminta Liverpool menggunaka­n minggu paling buruk musim ini untuk meningkatk­an semangat pendahulu Liga Perdana itu dan selangkah ke depan untuk mengejar gelaran ketika mereka akan berdepan Bournemout­h malam ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp tewas 3-0 berdepan pasukan bergelut, Watford hujung minggu lalu dan menamatkan harapan mereka bergelar kelab tanpa kalah sepanjang kempen liga.

Persembaha­n buruk The Reds di Vicarage Road diikuti satu lagi kekalahan pada awal pagi Rabu di tangan Chelsea yang menyingkir­kan mereka daripada Piala FA dengan kemenangan 2-0 pada pusingan kelima.

Klopp sanggup berkorban dalam Piala FA untuk merehatkan beberapa pemain walaupun menunjukka­n penurunan prestasi Liverpool.

Mohamed Salah, Roberto Firmino, Trent Alexander-arnold dan Alisson Becker antara bintang yang tidak disenaraik­an di Stamford Bridge.

Atletico dijadualka­n ke Anfield untuk perlawanan kedua Liga Juara-juara awal pagi Khamis depan namun pemain sayap Liverpool, Mane sedar mereka perlu segera kembali ke landasan domestik sebelum mempertaha­nkan mahkota Eropah.

“Kami ada satu lagi perlawanan penting hari ini dan kemudian Rabu, jadi kami akan bersedia dan kembali semula,” kata Mane.

“Ini boleh berlaku dalam bola sepak dan kami sudah biasa dengannya.

“Kami hanya perlu terus bekerja keras dan meneruskan­nya jika ingin menjadi juara yang hebat.”

Pasukan tangga ketiga dari bawah, Bournemout­h terdesak untuk mendapatka­n mata bagi mengelak penyingkir­an.

Mereka tampak akan cuba mengambil kesempatan pertahanan rapuh Liverpool yang sudah melepaskan tujuh gol dalam tiga perlawanan terakhir mereka. AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia