Berita Harian

Choong Hann tuntut anak buah peraga aksi kelas A

-

Kuala Lumpur: Tiada alasan buat pemain negara yang ‘berkampung’ selama dua minggu di Perancis untuk tidak mempamerka­n prestasi terbaik mereka pada saingan Seluruh England yang bermula Rabu ini.

Pengarah Kejurulati­han Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann berkata, dengan sokongan lengkap sepanjang tempoh latihan itu selain tiada sebarang gangguan, pemain perlu mempamerka­n prestasi bertaraf A.

“Mereka harus mempamerka­n aksi pada tahap yang setimpal, kalau tewas pun biarlah dengan pemain ranking lebih tinggi,” kata Choong Hann.

“Namun, kita berfikiran mereka mampu melakukan lebih daripada itu (kejutkan pemain lebih baik).”

Pemain yang menjalani bersama skuad kebangsaan Perancis ketika ini adalah beregu lelaki, Aaron Chia-soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsanigoh Sze Fei; beregu wanita, Chow Mei Kuan-lee Meng Yean dan Vivian Hoo-yap Cheng Wen serta beregu campuran, Goh Soon Huatshevon Lai Jamie dan Tan Kian Meng-lai Pei Jing.

Choong Hann tidak mahu pemain seperti merelakan kekalahan sekiranya berdepan pemain jauh lebih baik sebaliknya perlu menunjukka­n semangat juang tinggi untuk cuba melakukan kejutan.

“Baru ada peningkata­n jika mereka lakukan kejutan, bukan hanya tunggu apa nasib yang akan menimpa apabila berdepan pemain lebih kuat.

“Daripada segi latihan di dalam gelanggang semuanya sudah berjalan lancar. Mungkin ada beberapa perkara kecil yang mempunyai sedikit kekurangan. Itu yang kita perlu perbetulka­n, supaya mereka lebih bersedia,” katanya.

Selain pemain yang berada di Perancis, turut akan beraksi pada Seluruh England kali ini adalah perseorang­an lelaki, Lee Zii Jia, perseorang­an wanita, Soniia Cheah dan beregu lelaki profesiona­l, Teo Ee Yi-ong Yew Sin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia