Berita Harian

Selangor, Perak sukar diramal

Red Giant, Bos Gaurus pencabar kuat Liga M

- Oleh Zulfaizan Mansor zulfaizan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Pertemuan Selangor dan Perak di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini boleh dianggap sebagai perlawanan paling menarik bagi aksi kedua Liga Super.

Red Giants dan Bos Gaurus

Azraai mengakui sukar untuk meramal apa yang akan berlaku dalam pertembung­an dua pasukan ini dengan masingmasi­ng dianggap memiliki skuad mantap.

Namun, pengendali berusia 67 tahun itu meramalkan aksi sengit bakal ditampilka­n dengan pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan memenangi perlawanan.

“Sukar untuk saya ramal mengenai keputusan perlawanan ini. Selangor mempamerka­n aksi cemerlang pada membuktika­n bahawa mereka antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan liga selepas kedua-duanya membuka tirai musim ini dengan langkah kanan.

Lebih menarik, anak buah B Sathianath­an dan Mehmet Durakovic mencatat kemenangan dalam aksi pertama di gelanggang lawan dengan Selangor menewaskan Pahang 2-1, manakala Perak menjinakka­n Terengganu 3-1.

Satu lagi aksi yang dijangka menjadi tumpuan minggu ini adalah pertemuan antara Kedah aksi pertama, begitu juga Perak,” kata Azraai.

“Kehadiran Brendan Gan di bahagian tengah mungkin akan menjadi senjata rahsia buat Selangor, apatah lagi dia pernah bersama Perak musim lalu. Dia juga antara pemain terbaik dalam skuad kebangsaan.

“Perak pula memiliki Guilherme De Paula yang dilihat berjaya membentuk gandingan mantap bersama Careca di bahagian serangan.”

Selain itu, Azraai turut menyifatka­n perlawanan itu juga

dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Berbeza dengan Selangor dan Perak, kedua-dua pasukan ini bakal turun dengan misi memburu kemenangan pertama selepas tewas pada aksi pembuka tirai minggu lalu.

Justeru, BH Sukan mendapatka­n komen jurulatih berpengala­man Azraai Khor Abdullah bagi mengulas mengenai jangkaan apa yang bakal berlaku dalam dua aksi tumpuan itu. bakal disajikan dengan pertembung­an taktikal dua jurulatih berpengala­man, Sathianath­an dan Durakovic.

“Kedua-dua jurulatih dilihat sudah mula melancarka­n perang psikologi. Ada jurulatih (Sathianath­an) yang minta pengadil awasi kerenah pemain tengah Perak (Leandro Dos Santos).

“Kedua-dua jurulatih ini cukup berpengala­man dan ia akan menjanjika­n aksi menarik kedua-dua pasukan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia