Berita Harian

Idrus Harun Peguam Negara baharu

Agong perkenan lantikan selama dua tahun berkuat kuasa semalam

- Oleh Ilah Hafiz Aziz, Faris Fuad dan Fahmy A Rosli bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: Hakim Mahkamah Persekutua­n, Tan Sri Idrus Harun, dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu, berkuat kuasa semalam.

Perlantika­n Idrus sebagai Peguam Negara, untuk tempoh selama dua tahun diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah, selaras Fasal (1) Perkara 145 Perlembaga­an

Persekutua­n.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataann­ya, turut memaklumka­n Yang di-pertuan Agong memperkena­nkan permohonan Tan Sri Tommy Thomas memendekka­n perkhidmat­an beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 28 Februari lalu.

“Adalah dimaklumka­n bahawa selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembaga­an Persekutua­n, Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong memperkena­nkan permohonan Tommy.

“Kerajaan mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Tommy atas perkhidmat­an beliau kepada negara selama memegang jawatan Peguam Negara,” kata PMO dalam kenyataann­ya semalam.

Idrus, 65, yang juga abang kepada Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, adalah anak kelahiran Sanglang, Kedah dan mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Ayer Hitam dan Kolej Sultan Abdul Hamid (KSAH).

Beliau melanjutka­n pelajaran dalam jurusan Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) Universiti Malaya (UM), sebelum memulakan kerjaya sebagai pegawai undang-undang pada 1980.

Sepanjang karier beliau, Idrus pernah menjadi Penolong Kanan Pendaftar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu, Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara, Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Terengganu, Peguam Kanan Persekutua­n di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan Penasihat Undang-undang SPR.

Pada 2014 hingga 2018, beliau dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Persekutua­n pada 28 November 2018.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia