Berita Harian

Harga runcit petrol, diesel turun 17 sen hingga 21 sen seliter

Latheefa akui tiada tekanan, rancang jadi peguam hak asasi manusia

- Oleh Suzalina Halid suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Latheefa Koya merancang untuk kembali menjadi peguam hak asasi manusia selepas meletakkan jawatan sebagai Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau menegaskan keputusan meletak jawatan adalah pilihan sendiri tanpa tekanan daripada mana-mana pihak.

Katanya, spekulasi mendakwa beliau ditekan supaya meletakkan jawatan sebagai tidak berasas.

“Ia adalah keputusan saya sendiri. Spekulasi yang mengatakan saya ditekan untuk berbuat demikian adalah tidak berasas.

“Niat saya adalah untuk kembali menjalanka­n praktis sebagai peguam hak asasi,” katanya dalam kenyataan semalam.

Latheefa menyerahka­n surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Isnin lalu.

Bagaimanap­un perkara itu tertakluk kepada kelulusan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah.

Pada masa sama, Latheefa berkata, pihaknya juga menemui Perdana Menteri kelmarin bagi memberi penjelasan berhubung keputusann­ya untuk meletakkan jawatan.

“Kami mengadakan perbincang­an yang sangat mesra dan beliau faham kedudukan saya.

“Saya juga menjelaska­n kepada Perdana Menteri berhubung usaha dan tindakan yang sedang dilaksanak­an untuk memulangka­n semula wang 1MDB (1Malaysia Developmen­t Berhad) di luar negara, beliau sangat menyokong penuh usaha ini,” katanya.

Latheefaya, beliau turut mengambil peluang melalui pertemuan itu bagi mendoakan kejayaan buat Muhyiddin dan kerajaan baharu dalam usaha menjaga kebajikan dan kepentinga­n rakyat.

Beliau juga sudah menemui dan memberi taklimat kepada timbalanny­a, Datuk Seri Azam Baki serta ketua jabatan SPRM untuk memastikan penyerahan tugas dapat dilaksanak­an secara teratur.

“SPRM akan melaksanak­an tugas seperti biasa di bawah barisan pegawai saya yang berkeboleh­an.

“Saya melepaskan jawatan dengan penuh keyakinan bahawa SPRM akan terus berusaha tanpa lemah dan tanpa kompromi dalam perjuangan menentang rasuah, tanpa mengira kedudukan atau pesalah politik.

“Saya juga berterima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun

Dr Mahathir Mohamad, rakan di SPRM dan rakyat untuk sokongan yang saya terima sepanjang berkhidmat,” katanya.

Latheefa dilantik sebagai Ketua Pesuruhjay­a SPRM berkuat kuasa 1 Jun tahun lalu, bagi tempoh kontrak selama dua tahun.

Beliau menggantik­an Datuk Seri Mohd Shukri Abdull yang memohon kontraknya dipendekka­n daripada yang sepatutnya pada 17 Mei 2020.

Pelantikan Latheefa bagaimanap­un mengundang kritikan, antara lain dikatakan bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mengenai lantikan politik dan menjejaska­n fungsi SPRM sebagai badan bebas.

 ??  ??
 ?? (Foto ihsan SPRM) ?? Latheefa ketika menemui Perdana Menteri di Putrajaya, baru-baru ini.
(Foto ihsan SPRM) Latheefa ketika menemui Perdana Menteri di Putrajaya, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia