Berita Harian

‘Buktikan saya memihak’ Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun, menjawab desakan supaya beliau meletakkan jawatan berikutan perubahan kerajaan berdasarka­n latar belakang beliau sebagai aktivis politik sebelum menyertai SPR.

Azhar anggap desakan undur tindakan nakal

- Laporan Luqman Arif Abdul Karim

Kuala Lumpur: Pengerusi dan ahli Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) tidak berdepan sebarang tekanan, selain tiada keperluan untuk tunduk terhadap gesaan melepaskan jawatan, berikutan perubahan tampuk pentadbira­n negara.

Pengerusi SPR, Datuk Azhar Azizan Harun, berkata keputusan untuk mengundurk­an diri hanya akan dipertimba­ngkan sekiranya Perdana Menteri menasihati Yang di-pertuan Agong untuk menitahkan pengosonga­n jawatan kepemimpin­an SPR.

Katanya pelantikan pengerusi dan ahli suruhanjay­a dibuat oleh Yang di-pertuan Agong, selepas dinasihati Perdana Menteri serta menjalani proses rundingan dengan Majlis Raja-raja.

“Mengikut peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n, tempoh perkhidmat­an adalah sah sehingga berusia 66 tahun, namun tempoh ini mungkin dapat disingkatk­an jika saya dihadapkan ke tribunal kerana melakukan kesalahan ketika menjalanka­n tugas.

“Selain itu, sekiranya Yang di-pertuan Agong menitahkan agar jawatan ini dikosongka­n, maka saya akan menurut perintah Tuanku. Ini adalah kerana pelantikan saya dan ahli lain dibuat oleh Yang di-pertuan Agong.

“Sebenarnya tiada tekanan langsung (untuk melepaskan jawatan) kerana saya dilantik oleh Yang di-pertuan Agong selepas baginda dinasihati bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan mengadakan rundingan bersama Majlis Raja-raja.

“Jadi, saya tidak faham kenapa orang awam yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pelantikan saya (sebagai Pengerusi

SPR) mendesak supaya meletakkan jawatan,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Seri Wan Ahmad Wan Omar, kelmarin dilaporkan menggesa Azhar dan ahli SPR meletakkan jawatan susulan perubahan pentadbira­n kerajaan, selain bagi membolehka­n suruhanjay­a berfungsi sebagai sebuah badan perlembaga­an yang bebas dan berkecuali.

Wan Ahmad mendakwa latar belakang mereka sebagai aktivis politik ketika di luar SPR sebelum ini, jelas mencermink­an sikap dan pegangan politik diri yang tidak berkecuali.

Berteraska­n kejayaan pengurusan SPR ketika mengendali­kan tujuh Pilihan Raya Kecil (PRK), Azhar menegaskan ia cukup membuktika­n suruhanjay­a itu adalah badan bebas dan tidak menyebelah­i mana-mana pihak.

“Selepas saya dilantik, kita sudah buat tujuh PRK, buktikan saya ‘bias’ (bersikap pilih kasih) dan tunjukkan apa-apa kesalahan yang dibuat.

“Saya mengambil pendirian bebas dan tidak ikut telunjuk sesiapa, sekiranya ada kesalahan, buat tribunal. Sebagaiman­a yang diketahui umum, Parlimen mewujudkan Jawatankua­sa Pilihan Khas Pilihan Raya.

“Saya beberapa kali membuat kenyataan bahawa akan memberi kerjasama penuh kepada jawatankua­sa terbabit mengenai tugas-tugas sebagai Pengerusi SPR dan sanggup dipanggil untuk disoal mengenai sebarang perkara berhubung suruhanjay­a.

“Saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyi­kan, malah sehingga sekarang, saya mahupun ahli yang lain tidak dituduh melakukan apa-apa kesalahan.

“Jadi, pasal apa nak buat gesaan (supaya saya letakkan jawatan sebagai pengerusi dan minta ahli SPR turut berbuat demikian). Pada saya, tindakan seperti ini adalah mischievou­s (nakal),” katanya.

Jadi, pasal apa nak buat gesaan (supaya saya letakkan jawatan sebagai pengerusi dan minta ahli SPR turut berbuat demikian). Pada saya, tindakan seperti ini adalah mischievou­s (nakal).

Azhar Azizan Harun, Pengerusi SPR

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia