Berita Harian

KKM kesan 28 kes baharu jangkitan COVID-19 semalam

Kontak rapat sedang dikenal pasti untuk siasatan

- Fidahruzki@bh.com.my

Putrajaya: Sebanyak 28 kes baharu jangkitan COVID-19 dikesan oleh Kementeria­n Kesihatan sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan semalam, berkata semua kes itu dikesan untuk rawatan selanjutny­a, manakala kontak rapat semua kes berkenaan sedang dikenal pasti untuk siasatan.

Berikutan itu, katanya, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah 83 kes dan mereka dalam kalangan pesakit di bawah siasatan atau Patient-under-investigat­ion (PUI) jangkitan COVID-19, kontak rapat dan Misi Bantuan Kemanusiaa­n.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 65 orang adalah warga Malaysia, 15 warga China dan tiga individu membabitka­n warga Amerika Syarikat (AS), Jepun serta Itali.

Pada masa sama, Dr Noor Hisham berkata, 956 kontak rapat sudah dikenal pasti dengan 258 adalah kontak rapat kepada kluster yang berkaitan dengan kes ke-26 dikesan dan diambil sampel.

“Daripada kluster ini, 18 orang

KKM masih menjalanka­n siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenalpa­sti punca di mana kes mendapat jangkitan.

disahkan positif COVID-19, 70 orang adalah negatif, namun begitu mereka diletakkan bawah perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah untuk tempoh 14 hari.

“Seramai 170 orang lagi berjaya dikesan dan masih menunggu keputusan makmal. Mereka juga diletakkan di bawah perintah pengawasan dan pemerhatia­n di rumah.

“KKM masih menjalanka­n siasatan dan aktiviti pengesanan kontak rapat masih diteruskan bagi mengenal pasti punca di mana kes mendapat jangkitan dan seterusnya mencegah penularan jangkitan itu,” katanya dalam kenyataan itu, semalam.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kes ke-24 yang disahkan positif COVID-19 sebelum ini sudah pulih dan dibenarkan discaj daripada wad Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau berkata, kes itu sudah berjaya dirawat, manakala semua kontak rapat bagi kes berkenaan berjaya dikesan dan penularan COVID-19 bagi kluster itu juga berjaya dibendung.

“Ini menjadikan 23 kes sudah pulih sepenuhnya setakat ini daripada COVID-19 dan sudah discaj dari wad,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, KKM sudah menjalanka­n pengawasan COVID-19 bagi mengesan kes sporadik dan kes tempatan di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respirator­y infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19.

Katanya, sehingga hari ini, 430 sampel sudah diuji dan tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19, manakala tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti pengawasan itu, pada masa ini.

 ??  ??
 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah,
Dr Noor Hisham Abdullah,

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia