Berita Harian

EXCO kerajaan baharu Johor angkat sumpah

Pelantikan dilaksana di hadapan Sultan Ibrahim di Istana Bukit Serene

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Mohamed Farid Noh dan Omar Ahmad

Johor Bahru: Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Johor mengangkat sumpah di hadapan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar di Istana Bukit Serene, semalam.

Pelantikan itu juga menyaksika­n buat kali pertama seorang ADUN Bebas yang keluar PKR, Dr Chong Fat Full (Pemanis) mengangkat sumpah jawatan.

Berangkat sama pada Majlis Istiadat Mengisytih­arkan Pelantikan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri itu ialah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.

Berdasarka­n kenyataan laman Facebook rasmi Sultan Johor semalam, majlis bermula jam 9 pagi dengan 10 EXCO yang mengangkat sumpah ialah Datuk Samsolbari Jamali (Bn-semarang); Ayub Jamil (Bn-rengit), Zaiton Ismail (Bn-sungai Balang); Datuk Onn Hafiz Ghazi (Bn-layang-layang) dan R Vidyananth­an (Bn-kahang).

Turut mengangkat sumpah, Mazlan Bujang (BERSATU-PUTERI Wangsa), Mohd Solihan Badri (BERSATU-TENANG); Tosrin Jarvanthi (BERSATU-BUKIT Permai), Mohd Izhar Ahmad (BERSATU-LARKIN) dan Dr Fat Full.

Jumaat lalu, Hasni, 61, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-18 di hadapan Sultan Ibrahim di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ada 56 kerusi yang ketika ini ia diwakili UMNO dan DAP masing-masing 14, BERSATU (11), MIC (dua), PAS (satu), BEBAS (satu) sementara AMANAH (9) dan PKR (empat).

Cicit kepada pengasas UMNO, Allahyarha­m Datuk Onn Jaafar, Onn Hafiz, 42, mengakui memikul tanggungja­wab berat tetapi beriltizam berusaha bersama barisan EXCO dengan sokongan Hasni memberi khidmat terbaik kepada rakyat.

“Yang akan menjadi keutamaan saya, tentunya Tahun Melawat Johor 2020 dan juga persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) JOHOR edisi ke-20, yang hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi.

“Saya akan mendapatka­n pandangan persatuan pelanconga­n terutama dalam cabaran COVID-19 serta kesannya terhadap pelanconga­n di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hasni pada sidang media berkata, tiada keperluan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan penubuhan kerajaan baharu berpanduka­n kepada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.

Katanya, bagaimanap­un cadangan dikemukaka­n Pakatan Harapan

(PH), semalam terpulang kepada budi bicara Speaker, Suhaizan Kaiat.

“Itu budi bicara Speaker Johor dan kita tidak mempunyai sebarang masalah untuk sidang khas berkenaan.

“Jika sidang khas itu bertujuan untuk mengesahka­n kerajaan yang ada ini dapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), perkara itu sudah diputuskan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berlandask­an

Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor,” katanya.

Mengenai ketiadaan wakil PAS dalam EXCO, Hasni berkata, peranan wakil rakyat tidak terhad sebagai EXCO semata-mata.

“Ada juga ADUN yang akan dilantik sebagai peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerajaan Johor dan ada juga akan dilantik menerajui DUN Johor,” katanya yang umumkan barisan EXCO Johor dikenali ‘EXCO Makmur Johor’.

 ??  ??
 ??  ??
 ?? (Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) ?? Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Majlis Istiadat Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
(Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar) Sultan Ibrahim ketika bertitah pada Majlis Istiadat Pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia