Berita Harian

BN, PAS serah kepada Muhyiddin tentukan siapa TPM

Ahmad Zahid nafi parti sasar jawatan, Hadi ambil sikap terbuka syor khalayak

- Bhnews@bh.com.my

Oleh Rohaniza Idris, Suzalina Halid dan Baharom Bakar

Kuala Lumpur: UMNO dan PAS menyerahka­n kepada kebijaksan­aan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggunaka­n kuasa prerogatif dalam memilih Timbalan Perdana Menteri.

Pendirian itu dinyatakan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, menerusi kenyataan mereka kepada media, secara berasingan di ibu kota dan Marang, semalam.

Ahmad Zahid menafikan UMNO menyasar jawatan terbabit, walaupun mengakui mengemukak­an beberapa nama Ahli Parlimenny­a kepada Perdana Menteri untuk memilih individu yang layak mengisi jawatan berkenaan.

“Itu adalah budi bicara Perdana Menteri menentukan siapa yang bakal dilantik selepas mengambil kira pertimbang­an, mengikut senarai diputuskan UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya kepada media di luar Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Hadi pula mengambil sikap terbuka terhadap cadangan orang ramai, yang mahukan Muhyiddin melantik beliau menduduki jawatan nombor dua dalam kerajaan itu.

“Saya terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan saya dipilih. Yang mencalonka­n saya itu (syor melantik beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri) adalah rakyat, sedangkan pelantikan ditentukan Perdana Menteri.

“Kita mengharapk­an semuanya yang bakal dilantik adalah dalam kalangan mereka yang sanggup bekerja kuat,” katanya selepas menyampaik­an kuliah di Masjid Rusila, Marang.

Hadi menegaskan, tumpuan utama kini adalah menyelesai­kan masalah rakyat, terutamany­a membabitka­n kos sara hidup, ekonomi, gejala sosial, isu perpaduan, selain masalah pembanguna­n insan yang mesti diberi perhatian.

Sementara itu, sumber berkata, senarai nama anggota Kabinet baharu, kini pada peringkat akhir perbincang­an sebelum dimuktamad­kan bagi membolehka­n majlis angkat sumpah yang dijangka diadakan minggu depan.

Sumber dalaman parti berkata, Perdana Menteri sudah mengadakan beberapa siri pertemuan dengan presiden parti dalam Perikatan Nasional (PN) bagi membincang­kan senarai berkenaan.

“Saya difahamkan kini Perdana Menteri sedang menimbangk­an senarai berkenaan sebelum mempersemb­ahkan untuk diperkenan­kan Yang di-pertuan Agong, Al-sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-mustafa Billah Shah,” katanya kepada BH.

Sumber itu menjelaska­n, barisan Kabinet kelak akan membabitka­n muka lama dan baharu, berpengala­man dan pertama kali dalam kerajaan membabitka­n wakil setiap parti dalam komponen berkenaan.

Sementara itu, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO tidak membincang­kan senarai dicadangka­n untuk Kabinet itu, sebaliknya diserahkan kepada Ahmad Zahid menampilka­n calon berwibawa dan berpengala­man daripada parti itu.

Saya terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan saya dipilih.

 ?? (Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) ?? Ahmad Zahid ditemui media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Saifulliza­n Tamadi/bh) Ahmad Zahid ditemui media di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia