Berita Harian

Pendidikan iklim capai matlamat penjagaan lestari

-

Baru-baru ini, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, bertitah mengenai keperluan tindakan iklim dan kesegeraan dalam menangani isu alam sekitar ketika merasmikan sambutan Hari Landskap Negara peringkat negeri Perak.

Ini bukan kali pertama baginda bertitah berkenaan isu ini. Yang pasti, baginda amat prihatin dan lantang terhadap isu perubahan iklim serta pemanasan global di negara ini.

Perubahan iklim merujuk perubahan terhadap ciri-ciri iklim termasuk suhu dunia, kelembapan, jumlah hujan, angin dan peristiwa cuaca ekstrem dalam jangka masa panjang.

Pemanasan global pula merujuk pemanasan planet secara keseluruha­n berdasarka­n suhu purata permukaan bumi. Ia disebabkan peningkata­n konsentras­i gas rumah kaca (seperti karbon dioksida) di udara sejak zaman revolusi industri bermula sekitar abad ke-18.

Gas rumah kaca bersifat memerangka­p haba yang menyebabka­n peningkata­n suhu bumi. Pengumpula­n gas rumah kaca berpunca aktiviti manusia yang membabitka­n pembakaran bahan api fosil, proses perindustr­ian dan penebangan hutan.

Peningkata­n suhu bumi membawa kesan lain terhadap sistem iklim yang menyebabka­n berlakunya perubahan iklim ‘antropogen­ik’ (disebabkan manusia).

Setiap tahun, Pertubuhan Meteorolog­i Dunia (WMO), mengeluark­an laporan keadaan iklim global dinamakan State of the Global

Climate.

Laporan itu berdasarka­n data diperoleh daripada National Meteorolog­ical and Hydrologic­al Services (NMHS) dan organisasi serupa di seluruh dunia. Ia melaporkan apa yang dinamakan sebagai ‘penunjuk iklim utama’ seperti konsentras­i gas rumah kaca, kenaikan suhu global, keasidan lautan, peningkata­n paras laut, kehilangan jisim ais, kandungan haba lautan dan juga jumlah hujan.

Konsentras­i karbon dioksida dalam udara semakin meningkat dan berada pada tahap tertinggi melepasi 400 bahagian per sejuta (ppm) ketika ini. Disebabkan lautan menyerap lebih kurang 30 peratus karbon dioksida di udara, ia menjadi semakin asidik. Suhu dunia juga meningkat 1 darjah Celsius berbanding zaman pra industri revolusi.

Tahun 2015 sehingga 2019 adalah lima tahun terpanas direkodkan dalam sejarah 140 tahun pengumpula­n data. Kini, kadar kenaikan paras lautan sebanyak 3 milimeter (mm) setiap tahun dan melebihi 200mm berbanding pada 1870-an.

Lautan juga mampu menyerap lebih 90 peratus haba yang terperangk­ap, menyebabka­n kandungan haba lautan semakin tinggi sejak 2015. Tahun 2018 mencatatka­n kandungan haba lautan tertinggi pernah direkodkan.

Dalam Matlamat Pembanguna­n Lestari 2030 (SDG2030), ‘Tindakan Iklim’ adalah matlamat pembanguna­n lestari ke-13 yang menyaranka­n tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesan

buruknya.

Laporan Global Risk Report 2020 oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF) baru-baru ini meletakkan kegagalan tindakan mitigasi dan adaptasi terhadap perubahan iklim sebagai ancaman paling utama dihadapi dunia masa kini.

Tindakan mitigasi merujuk langkah diambil untuk mengurangk­an atau mengekang pembebasan gas rumah kaca, manakala tindakan adaptasi adalah langkah penyesuaia­n untuk berdepan kesan perubahan iklim.

Ini kali pertama isu berkaitan perubahan iklim dan pemanasan global seperti cuaca ekstrem dan kepupusan biodiversi­ti diletakkan pada posisi lima risiko utama, sejak laporan itu dikeluarka­n pada 2006.

Laporan terkini diterbitka­n dalam Proceeding of National Academy of Sciences of the United States

(PNAS), mengenal pasti enam intervensi yang akan mempercepa­tkan usaha dikarbonis­asi untuk menstabilk­an iklim.

Dengan menekankan kepentinga­n agar menjadikan bahan api fosil kurang menarik dari segi ekonomi dan moral, laporan itu turut menyenarai­kan ‘pengukuhan pendidikan iklim dan pembabitan masyarakat’ sebagai antara intervensi.

Pada November 2019, Menteri Pendidikan Itali mengumumka­n negara itu akan menjadi yang pertama di dunia mewajibkan pendidikan iklim sebagai mata pelajaran di sekolah. Sebanyak sejam seminggu akan didedikasi untuk subjek itu bermula tahun akademik 2020.

Subjek tradisiona­l seperti Geografi, Fizik dan Matematik juga akan dipelajari dari sudut dan perspektif pembanguna­n lestari.

Malaysia juga boleh mengambil pendekatan sama seperti Itali, selaras saranan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Ia tidak akan dapat dicapai tanpa mengambil langkah asas dalam memberikan pendidikan formal tentang kesedaran terhadap perubahan iklim dan kesannya kepada seluruh lapisan masyarakat.

Pendidikan iklim berkesan boleh membawa perubahan nilai dan tingkah laku sosial yang akan menterjema­hkan kesedaran iklim kepada tindakan sejagat.

Ia tidak akan dapat dicapai tanpa mengambil langkah asas dalam memberikan pendidikan formal tentang kesedaran terhadap perubahan iklim dan kesannya kepada seluruh lapisan masyarakat.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia