Sharifah Husna lupakan ‘doktor’ demi seni

Kerjaya doktor bukan jiwa, mahu buktikan bakat lakonan

Berita Harian - - Muka Depan -

Cantik bukan segalagala­nya buat pelakon baharu, Sharifah Husna Syed Feizal, 27. Biarpun setiap kesempurna­an seorang wanita dalam genggamann­ya, ketinggian, berwajah kacukan dan berpendidi­kan, tetapi ia bukanlah aset penting sekiranya bakat sekadar ‘tin kosong’. Pelakon kacukan Melayu, Pakistan, Afghanista­n, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia itu enggan menjadikan rupa paras sebagai taruhan, sebaliknya bakatnya dinilai terlebih dahulu. Wanita kelahiran Subang Jaya, Selangor itu percaya bakat mampu membawanya terbang jauh dalam industri lakonan, bukan bersandar rupa paras. Manis menguntumk­an senyuman, Husna mengakui: “Pada awal kemunculan, mungkin ada yang melemparka­n persepsi produser dan pengarah mengambil saya kerana tertarik dengan rupa paras. “Tetapi, apabila difikirkan semula, sampai bila seseorang pelakon boleh menjual paras rupa? Kalau produser tengok cantik, tetapi berlakon macam kayu, tidak guna juga. “Jadi, saya percaya bakat terlebih dahulu diutamakan, kecantikan jatuh nombor dua. “Saya mahu fokus pada mutu lakonan. Saya mahu orang tahu bakat dan kelebihan menyebabka­n saya mendapat tawaran, bukan paras rupa.” Bagaimanap­un, katanya, paras rupa sekadar bonus, tetapi tidak boleh bergantung kepada kecantikan semata-mata. “Saya tahu semua orang nak tengok pelakon cantik dan kacak di kaca TV atau layar perak. Namun, tiada guna cantik, tetapi lakonan hancur dan menjadi bahan kutukan. “Saya tidak mahu diadili seperti itu. Jadi, saya perlu menyediaka­n payung sebelum hujan. Saya tidak mahu menjadi bahan kecaman netizen. “Saya mengikuti beberapa kelas lakonan bersama pelakon handalan seperti Fauziah

SHARIFAH HUSNA

// Bidang perubatan tidak asing buat Husna kerana kebanyakan saudara perempuan dalam keluargany­a menceburi bidang yang sama. // Mengakui tidak mempunyai kawan lelaki. Kawan lelaki hanya adikadik yang semuanya lelaki. // Pertanding­an Gadis Panca 2018 berlangsun­g pada hari yang sama ketika peperiksaa­n akhirnya dalam jurusan perubatan. Ekoran itu, Husna menjawab peperiksaa­nnya dalam 30 minit dan terus bergegas ke acara pertanding­an. // Video Dubmash yang dihantar kepada seorang pengarah secara suka-suka beberapa tahun lalu membuka laluannya dalam dunia lakonan. // Cukup mengagumi lakonan Nabila Huda dan berharap ada peluang bekerjasam­a dengan pelakon hebat itu. Nawi, Amar Ashraf dan Zul Huzaimy. Saya mahu membuktika­n minat mendalam dan mampu berlakon dengan baik,” katanya.

Laluan lebih mudah

Mula diperkenal­kan menerusi drama Mr Boss Miss Stalker dan Assalamual­aikum Cinta, Husna berkata, dia bersyukur rezekinya tidak putusputus sejak diangkat sebagai juara program Gadis Panca pada tahun lalu. Husna berkat, laluan untuk bergelar pelakon lebih mudah selepas menjuarai pertanding­an berkenaan. “Tak sangka pembabitan saya menerusi program Gadis Panca mendapat maklum balas baik, malah saya tak sangka diangkat sebagai juara. “Saya pernah menjayakan watak pembantu dalam drama Mr Boss Miss Stalker, sebelum menyertai program Gadis Panca. Bagaimanap­un, saya masih belum menghabisk­an pengajian dalam jurusan perubatan ketika itu. “Lebih membuatkan saya terharu ditawarkan membawakan watak utama menerusi drama Kasih Tak Terungkap untuk siaran TV Okey. Seterusnya, rezeki hadir saya tidak putus-putus sehingga hari ini, “katanya yang terhutang budi dengan pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof yang banyak membimbing­nya. Katanya, melihat perkembang­an baik itu membuatkan­nya lega kerana dapat membuktika­n kepada orang tua, lakonan boleh dijadikan sebagai kerjayanya. “Ibu bapa tidak merestui pembabitan saya dalam bidang lakonan. Bagi mereka, dunia lakonan sangat kompetitif dan tidak yakin kewangan stabil. “Bagaimanap­un, apabila saya buktikan pada mereka boleh ‘survive’ dalam bidang ini, mereka perlahanla­han memberikan kepercayaa­n. Jujurnya, ibu bapa menganggap pekerjaan seperti doktor, peguam dan jurutera adalah kerjaya meyakinkan,” katanya. Anak sulung daripada empat adik beradik itu berkata, dia terpaksa memilih menyambung pengajian dalam bidang perubatan, tetapi minatnya menjurus ke arah dunia lakonan sejak kecil. “Saya belajar jurusan perubatan kerana memenuhi impian ibu bapa untuk melihat saya menjadi doktor. Bagaimanap­un, kerjaya seorang doktor bukan jiwa saya. “Saya fokus pada lakonan sepenuh masa apabila menamatkan pengajian tahun lalu,” kata bekas graduan Perdana University Royal College Surgeons (Republik Ireland) kampus Serdang. Husna berkata, dia percaya boleh kembali ke dunia perubatan sekiranya percaturan dalam bidang lakonan kurang menjadi. “Saya bukannya gila mengejar nama dan populariti. Saya tidak boleh mengetepik­an minat sejak sekolah. “Jadi, apa salahnya saya mencuba nasib dalam bidang lakonan. Mungkin ada yang beranggapa­n saya membuang masa belajar dalam jurusan sukar seperti perubatan, akhirnya pilih nak jadi pelakon. “Saya tidak berfikiran seperti itu. Saya boleh meneruskan kerjaya sebagai doktor pada bila-bila masa, asalkan tamat pengajian terlebih dahulu,” katanya.

Selasa berkawan dengan Azrel

Mengulas usikan hubungan akrab dengan pelakon, Azrel Ismail, Husna tidak menyembuny­ikan hakikat, jejaka itu antara lelaki yang rapat dengannya buat masa ini. Bagaimanap­un, masih jauh jika dianggap menjalinka­n hubungan cinta. “Saya lebih selesa berkawan, bukan bercinta. Saya dan Azrel masih dalam fasa mengenali hati budi dan kami selesa berkawan baik. “Inilah kali pertama saya mengenali lelaki dengan rapat, jadi saya tidak mahu tergesa-gesa. Berilah masa saya mengenali Azrel lebih mendalam. “Sejujurnya, saya tak tahu perasaan Azrel dan benarkah dia mencuba saya. Saya tiada pengalaman bercinta, jadi saya tak pasti. Kami kenal selepas digandingk­an dalam drama Puteri Yang Ditukar, beberapa bulan lalu,” katanya. Mengakui karakter Azrel agak berbeza dengan pelakon lelaki yang pernah digandingk­an bersamanya, Husna memuji sifat Azrel yang sopan dan berbudi bahasa. “Saya pernah digoda beberapa pelakon lelaki yang pernah digandingk­an bersama, namun menolak dengan baik. Ada antaranya memberi ‘hint’ untuk mengenali, tetapi saya tak layan. “Saya tidak pandang pada populariti atau harta, saya lebih tertarik pada karakter dan budi bahasa. “Saya sukakan lelaki rajin bekerja dan jujur. Tetapi, setakat ini, belum ada pelakon berstatus suami orang cuba mendekati saya. Jika ada, saya memang nak bagi siku,” katanya yang sibuk dengan penggambar­an drama Akasia, Bila Cupid Jatuh Cinta bersama Aiman Hakim Ridza. Meskipun usianya menghampir­i 30 tahun, Husna berkata, dia tidak mahu terkejar-kejar dalam membina rumah tangga. “Perkahwina­n adalah suatu perkara yang penting dalam kehidupan seseorang dan sekiranya dirinya tersalah pilih, saya akan merana seumur hidupnya. “Jadi, saya percaya lebih baik mengukuhka­n kerjaya seninya terlebih dulu dan mencari wang sendiri kerana tidak mahu bergantung kepada lelaki,” katanya.

Saya belajar jurusan perubatan kerana memenuhi impian ibu bapa untuk melihat saya menjadi doktor. Bagaimanap­un, kerjaya seorang doktor bukan jiwa saya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.