Berita Harian

Lebih 70 pegawai, anggota agensi penguat kuasa dalam perhatian SPRM

Lindungi lori lebih muatan

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: Lebih 70 pegawai dan anggota pelbagai agensi penguat kuasa di utara Semenanjun­g dikatakan berada dalam pemantauan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ia susulan tangkapan 12 pegawai kanan Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Polis Pulau Pinang kerana dipercayai melindungi pemandu lori lebih muatan, kelmarin.

Sumber berkata, semua pegawai dan anggota penguat kuasa itu disyaki menerima rasuah bernilai ratusan ribu ringgit sebulan bagi menutup kesalahan seperti lebih muatan atau pembocoran maklumat awal berkaitan operasi akan dijalankan.

Katanya, mereka dipercayai menerima bayaran antara RM10,000 hingga RM30,000 sebulan sebagai dorongan untuk melindungi pemandu lori lebih muatan dengan tidak mengambil tindakan, selain dijangka ditahan dalam tempoh terdekat.

“Operasi khas ini terbahagi kepada beberapa fasa membabitka­n 12 orang termasuk pegawai kanan yang mengetuai jabatan penguat kuasa pada peringkat negeri sudah ditahan kelmarin dan permohonan reman ke atas mereka dibuat pagi ini (semalam).

“Tangkapan ini susulan keluhan pemandu lori yang mendakwa terpaksa membayar wang sogokan kepada pegawai penguat kuasa jika mahu memandu di negeri di utara tanah air tanpa gangguan atau tindakan,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, 12 pegawai kanan JSPT Pulau Pinang berusia 31 hingga 59 tahun ditahan iaitu 11 orang di sekitar negeri itu, manakala seorang lagi di Kuala Lumpur dalam operasi khas SPRM, antara jam 9 pagi hingga 6 petang.

Berdasarka­n siasatan awal, wang rasuah diterima kumpulan itu dianggarka­n berjumlah hampir RM500,000 dengan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Mengenai hasil risikan kes itu, sumber memaklumka­n, ada pemandu lori didakwa diugut kumpulan penguat kuasa terbabit, jika gagal membayar wang sogokan.

Selain itu, katanya, kumpulan terbabit dikatakan meminta syarikat logistik berhenti merasuah mereka bagi suatu tempoh untuk mengelak menjadi perhatian SPRM.

Bagaimanap­un, kegiatan itu dikatakan kembali seperti sedia kala, selepas setahun kes tahanan dilakukan ke atas puluhan penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dilakukan, April tahun lalu.

“Ini menyebabka­n gelombang kedua operasi membantera­s kegiatan sedemikian dilakukan dengan suspek kebiasaann­ya melakukan pemindahan wang menggunaka­n akaun milik ejen, ahli keluarga atau rakan pegawai terbabit.

“Ada antara mereka meminta ‘pampasan’ bagi beberapa bulan ‘yang direhatkan’ seketika itu, selain kegiatan mereka dipercayai bermula sejak Julai tahun lalu, iaitu tiga bulan selepas tangkapan ke atas penguat kuasa JPJ di Pulau Pinang.

“Mereka pada mulanya takut dan semua pemindahan wang digantung selama dua bulan (Mei dan Jun 2019), bagaimanap­un bayaran bagi Julai dikatakan perlu digandakan sebagai ‘pampasan’ untuk bulan sebelumnya.

“Bayaran boleh dibuat secara segera apabila sesebuah lori didapati mempunyai masalah dalam sekatan jalan raya.

Bagaimanap­un, terdapat skim bayaran bulanan bagi mendapatka­n ‘perlindung­an’ daripada penguat kuasa,” katanya.

Di Pulau Pinang, 11 pegawai dan seorang anggota polis direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah didakwa bagi melindungi kesalahan pemandu lori di negeri ini.

Perintah reman itu dikeluarka­n Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen/majistret Georgetown, Nur Fadrina Zulkhairi selepas membenarka­n permohonan dikemukaka­n SPRM.

Suspek berusia antara 31 hingga 59 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM 2009. Kelmarin, Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Datuk Seri Azam Baki turut mengesahka­n berhubung penahanan itu.

Sementara itu, di Pasir Mas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, meluahkan rasa kecewanya susulan anggota dan pegawai polis ditahan SPRM kerana disyaki melindungi pemandu lori lebih muatan.

Beliau berkata, impak buruk akibat rasuah seolah-olah tidak memberi kesan terhadap psikologi pihak terbabit sedangkan pelbagai amaran dan nasihat sudah diberikan.

Justeru, katanya, beliau mengalu-alukan tindakan SPRM jika ada maklumat berhubung salah laku membabitka­n pegawai atau anggota polis.

Namun, pihaknya belum menerima laporan lengkap mengenai kes 11 pegawai serta seorang anggota JSPT Polis Pulau Pinang ditahan SPRM kerana disyaki terbabit rasuah serta direman tujuh hari bermula semalam untuk membantu siasatan.

“Saya memang kecewa dan lebih menyedihka­n ialah ahli keluarga terpaksa menanggung kesan jika perbuatan itu dilakukan.

“Apabila tertangkap, tiada lagi sesalan kerana sudah cukup larangan, amaran dan nasihat diberikan,” katanya selepas menghadiri Istiadat Penganuger­ahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Kelantan, di sini, semalam.

Difahamkan, pegawai ditahan termasuk berpangkat Superinten­dan, Asisten Superinten­dan dan Inspektor.

Abdul Hamid berkata, pihaknya akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatan kes itu.

“SPRM akan melengkapk­an kertas siasatan untuk proses pendakwaan jika bukti mencukupi. Sekiranya tidak cukup standard untuk pendakwaan, mereka akan serahkan kepada polis untuk tindakan disiplin.

“Saya masih tidak berputus asa. Melalui Jabatan Pengurusan, saya akan terus berusaha memberi kesedaran kepada pegawai dan anggota bagi mengelakka­n pengambila­n rasuah,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? 11 pegawai dan seorang anggota polis JSPT Pulau Pinang direman 7 hari bagi membantu siasatan melindungi kesalahan pemandu lori di Mahkamah Majistret Jenayah, Georgetown, semalam.
(Foto BERNAMA) 11 pegawai dan seorang anggota polis JSPT Pulau Pinang direman 7 hari bagi membantu siasatan melindungi kesalahan pemandu lori di Mahkamah Majistret Jenayah, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia