Berita Harian

20 lagi kes baharu COVID-19, jumlah sembuh kini 26

Majlis diterajui PM turut dianggotai tiga menteri, Gabenor BNM, pakar pelbagai bidang

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Anwar Patho Rohman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) dipengerus­ikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal dibentuk bagi menangani cabaran keadaan ekonomi yang tidak menentu, selain impak besar penularan COVID-19.

Ia akan dianggotai Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mengumumka­n langkah itu, Muhyiddin berkata, ahli lain badan berkenaan adalah Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan individu yang mahir dalam pelbagai bidang untuk membantu kerajaan menyelesai­kan masalah penting.

“Jemaah Menteri sedar situasi negara tidak baik, terutama dalam soal ekonomi yang meruncing, harga minyak yang jatuh pada paras AS$30 satu tong, turun 31 peratus tentunya akan menyebabka­n kesan tambahan kepada sumber dana kerajaan.

“Dibebankan lagi dengan masalah COVID-19 yang sudah berlarutan selama beberapa minggu yang impak kepada negara amat besar, terutama dalam soal ekonomi. Sebab itu, Jemaah Menteri putuskan supaya kita wujudkan Majlis Tindakan Ekonomi yang saya akan pengerusik­an.

“Majlis ini akan bersidang setiap minggu dengan mesyuarat pertama pada Isnin minggu depan. Apa-apa keputusan di EAC akan dibawa ke Jemaah Menteri sekiranya perlu untuk mendapatka­n keputusan,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet, semalam.

Pada masa sama, katanya, satu sekretaria­t bersama dianggotai Kementeria­n Kewangan dan portfolio yang menjaga ekonomi di bawah Mustapa, sudah diwujudkan dengan Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU) menjadi tanggungja­wabnya.

Katanya, penubuhan sekretaria­t itu diputuskan semalam dan kerajaan akan bersidang serta meminta pihak berkepenti­ngan untuk mengemukak­an apa saja perkara menerusi kementeria­n untuk dimaklumka­n kepada EAC bagi mencari penyelesai­an.

“Antara lain adalah untuk menentukan kumpulan yang paling berdepan masalah atau golongan B40 (golongan berpendapa­tan 40 peratus terendah) yang berasa beban kos sara hidup. Ini adalah satu tindakan segera yang kita ambil untuk tunjukkan kepada negara bahawa kita tidak akan berlengah lagi,” katanya.

Muhyiddin turut berjanji melihat pelbagai isu dan cadangan termasuk mengenai Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) serta semua sistem percukaian sedia ada ketika negara berdepan kemelut ekonomi dan kos sara hidup meningkat ketika ini.

“Kita akan lihat semuanya. GST, SST, kita akan lihat semuanya untuk mencari sesuatu yang seimbang. Malah, bagi saya, adalah adil untuk kita meneliti isu terbabit secara terperinci bagi melihat keperluan pengubahsu­aian itu. Menteri Kewangan dan mereka yang terbabit akan membuat saranan sewajarnya,” katanya.

Majlis ini akan bersidang setiap minggu dengan mesyuarat pertama pada Isnin minggu depan. Apa-apa keputusan di EAC akan dibawa ke Jemaah Menteri sekiranya perlu untuk mendapatka­n keputusan.

Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia