Berita Harian

Tawaran baharu untuk rakyat diumum segera

Kementeria­n diarah kemuka cadangan dasar, langkah bagi manfaat semua

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Anwar Patho Rohman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu setiap kementeria­n dan jabatan kerajaan mengemukak­an cadangan bersesuaia­n berkaitan dasar pembanguna­n untuk manfaat rakyat dan kumpulan tertentu termasuk pelabur.

Menegaskan langkah itu perlu kerana kerajaan yang terbentuk hari ini diasaskan dalam keadaan luar biasa tanpa manifesto khusus, beliau berkata, ia antara perkara yang dibincangk­an dalam mesyuarat pertama Kabinet di bawah pentadbira­n Perikatan Nasional (Pn)-gabungan Parti Sarawak (GPS), di sini semalam.

“Banyak perkara disentuh pada mesyuarat hari ini (semalam). Umpama kita kerajaan baru dibentuk, rakyat dan mungkin pelabur asing luar negara (mahu tahu) apa dasar Perikatan Nasional.

“Disebabkan kita tiada manifesto, terbentuk dalam keadaan luar biasa, kita putuskan setiap kementeria­n dan jabatan akan kemukakan cadangan, perkara yang akan dilaksanak­an, yang akan memberi manfaat dan faedah sebenar.

“Apa yang terkandung dalam kerajaan hari ini, tawaran baharu untuk rakyat Malaysia, akan kita umumkan dalam tempoh seberapa segera. Perkara yang akan kita beri perhatian, (dalam) tempoh setahun, (sebelum) penggal ini tamat dan sebelum pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Perdana Menteri menjelaska­n, apa juga dasar dan langkah yang dirancang kerajaan pimpinan PN adalah untuk semua rakyat, bukan tertumpu kepada kaum tertentu sahaja.

“Saya nak tegaskan begitu. Kerajaan kita tidak berikan keutamaan kepada kumpulan tertentu masyarakat, sebaliknya kerajaan ini mewakili semua kaum termasuk etnik di Sabah dan Sarawak. Jemaah Menteri akan bekerja untuk semua rakyat Malaysia, kita akan berlaku adil kepada semua masyarakat.

“Siapa yang perlu dapatkan bantuan, akan diberikan, sokongan diberikan oleh kerajaan. Ini keyakinan kepada rakyat. Kita di sini untuk dambakan diri kepada semua, anggap kita ini hamba kepada rakyat, kita akan bantu mana yang perlu," katanya.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menyeri kelapan pada 1 Mac lalu, menerajui kerajaan hasil kerjasama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Muafakat Nasional dianggota UMNO dan PAS, Barisan Nasional (BN) diterajui UMNO yang turut mengandung­i MCA dan MIC serta gabungan parti dari Sarawak, GPS.

 ?? (Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) ?? Muhyiddin pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.
(Foto Mohd Fadli Hamzah /BH) Muhyiddin pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Kabinet di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia