Berita Harian

Pakej Rangsangan Ekonomi diteliti semula

-

Putrajaya: Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan kerajaan terdahulu akan diteliti semula, termasuk jika wujud keperluan untuk menambah jumlah peruntukan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri menegaskan, penelitian semula itu demi memastikan kumpulan sasar mendapat manfaat daripada pakej berkenaan, selain langkah-langkah umum bagi memulihkan keyakinan pelabur.

Bercakap pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet di sini semalam, Muhyiddin berkata, Kementeria­n Kewangan dipertangg­ungjawabka­n meneliti semula pakej berkenaan sebelum dilancarka­n semula.

“Kita bersetuju bahawa pakej rangsangan yang diumumkan kerajaan dahulu, dibentangk­an semula selepas kita teliti semula, sama ada jumlah yang diumumkan itu boleh ditambah lagi.

“Ini diserahkan kepada Menteri Kewangan (mencari) bagaimana caranya, terutama untuk menentukan kumpulan sasar yang perlu mendapat faedah daripada pakej rangsangan ekonomi itu dapat kita berikan tumpuan selain langkah umum untuk memberikan keyakinan kepada pelabur dan kumpulan tertentu,” katanya.

Perdana Menteri menegaskan, pakej yang sudah diteliti semula itu ‘jangan dilambat-lambatkan’ untuk pembentang­an dan menjangkak­an proses berkenaan dapat disempurna­kan dalam tempoh seminggu dua lagi.

Pakej bernilai RM20 bilion itu dilancarka­n Perdana Menteri interim ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 27 Februari lalu dengan tumpuan memudahkan aliran tunai, bantuan kepada individu terkesan, penambahba­ikan modal insan dan merangsang sektor pelanconga­n.

Tumpuan lain adalah memangkink­an pertumbuha­n berteraska­n rakyat, memperting­katkan pendapatan rakyat dan mengurangk­an kos sara hidup serta menggalakk­an pelaburan berkualiti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia