Berita Harian

Gubal pelan pacu industri pelanconga­n

-

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahka­n Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan merangka pendekatan sesuai bagi menghidupk­an semula industri pelanconga­n yang terjejas berikutan penularan COVID-19.

Susulan itu, menteri bertanggun­gjawab, Datuk Seri Nancy Shukri akan menggubal pelan memacu semula industri pelanconga­n sebelum perancanga­n berkenaan dibentangk­an dalam waktu terdekat untuk pertimbang­an Jemaah Menteri.

Perdana Menteri menegaskan, langkah itu berikutan kesan penularan COVID-19 terhadap beberapa industri yang menjana pendapatan negara, khususnya pelanconga­n yang setakat ini dijangka mengakibat­kan kerugian tahunan menjangkau RM51 bilion.

“Isu lebih besar di sini adalah bagaimana hendak berdepan masalah ini, iaitu COVID-19 kerana ia menjejaska­n industri pelanconga­n.

“Justeru, kita bincang tadi untuk Kementeria­n Pelanconga­n kemukakan pendekatan khusus bagi membantu industri berkaitan.

“Kita nak tolong industri menerusi pendekatan berkaitan supaya mereka tidak berdepan kesan yang begitu teruk dan untuk memastikan sektor pelanconga­n mampu membantu menjana pendapatan negara,” kata Muhyiddin selepas mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet, di sini semalam.

Sementara itu, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein pada sidang media selepas menyampaik­an amanat kepada warga kementeria­nnya pada hari pertama beliau memulakan tugas secara rasmi, berkata kementeria­n akan bekerjasam­a dengan negara terjejas COVID-19 bagi mengekang penularan virus itu.

Selain mendapatka­n pandangan pakar luar berhubung virus terbabit, termasuk dari negara seperti Singapura, China dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Hishammudd­in berkata, beliau akan membangkit­kan isu itu dengan rakan sejawat dari China, Wang Yi; Dr Vivian Balakrishn­an (Singapura) dan Sheikh Abdullah Zayed (UAE).

“COVID-19 sudah menular ke seluruh dunia.

“Malaysia ada hubungan baik dengan negara yang sudah melalui situasi berkenaan, justeru mengapa tidak kita kongsi dan mencari kaedah terbaik untuk menangani penularan virus itu,” katanya.

Katanya, Malaysia perlu bekerjasam­a dan menimba pengalaman tiga negara terbabit dalam usaha melawan penularan COVID-19, malah Perdana Menteri turut memberi penekanan terhadap virus berkenaan pada mesyuarat Kabinet, semalam.

 ?? (Foto hiasan) ?? Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan­dipertangg­ungjawabka­n untuk meningkatk­an dan memulihkan sektor pelanconga­n dari ancaman COVID-19.
(Foto hiasan) Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan­dipertangg­ungjawabka­n untuk meningkatk­an dan memulihkan sektor pelanconga­n dari ancaman COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia