Berita Harian

‘Azmin ganti jika PM tiada’

Kedudukan semua Menteri Kanan sama rata: Muhyiddin

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Anwar Patho Rohman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menggantik­an Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet sekiranya Perdana Menteri tidak ada dalam negara.

Perdana Menteri berkata, kedudukan semua Menteri Kanan adalah sama rata namun, beliau juga memaklumka­n kepada Jemaah

Menteri dalam mesyuarat Kabinet semalam, jika beliau tiada dalam negara, Mohamed Azmin yang akan mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet atau melakukan apa yang perlu dilakukan.

“Jika beliau juga tidak ada, Menteri Kanan saya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertahanan) untuk mempengeru­sikan (mesyuarat), jadi saya mempunyai banyak sokongan di sini.

“Seperti saya katakan, sistem ini akan menjadi sebuah Kabinet yang berfungsi, yang akan menyampaik­an perkhidmat­an untuk kepentinga­n negara,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat pertama Kabinet baharu, di Bangunan Putra Perdana, semalam.

Selain Mohamed Azmin dan Ismail Sabri, dua lagi Menteri Kanan

itu adalah Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Terdahulu, Muhyiddin berkata, semua Menteri Kanan itu bertanggun­gjawab terhadap kementeria­n yang terbabit dengan kluster ekonomi, keselamata­n, pembanguna­n infrastruk­tur serta pendidikan dan sosial.

Katanya, senarai berkenaan akan ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali bagi mengelakka­n pertindiha­n, walaupun ada beberapa perkara tertentu seperti isu COVID-19, yang akan membabitka­n banyak kementeria­n termasuk Kementeria­n Pengangkut­an serta Pertanian dan Industri Makanan.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, semua anggota Kabinet dikehendak­i mengisytih­arkan harta dalam tempoh sebulan.

Katanya, anggota Kabinet juga turut diingatkan mengenai komitmen untuk menentang dan membantera­s rasuah pada mesyuarat pertama Kabinet hari ini.

“Pertama saya telah sebutkan, akan ada kita serahkan nanti, kertas aku janji untuk commit, semua pimpinan dalam kerajaan untuk menentukan tahap integriti kerajaan Perikatan Nasional ini, adalah tahap yang paling tinggi.

“Yang kedua, saya beritahu semua ahli Jemaah Menteri untuk mengisytih­ar harta mereka. Borang isytihar itu yang biasa disediakan akan diedar dan kita akan minta supaya dalam tempoh sebulan semuanya akan diserah kepada SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) seperti mana yang dibuat pada masa yang lepas,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia