Berita Harian

MEA diletak bawah bidang kuasa JPM

-

Kuala Lumpur: Perbadanan kemajuan ekonomi negeri, yayasan, badan berkanun, jabatan dan syarikat berkaitan kerajaan yang sebelum ini di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi (MEA) kini diletakkan bawah bidang kuasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menjelaska­n perincian itu, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, mengakui wujud keperluan ke arah penstruktu­ran semula MEA memandangk­an saiznya besar dan membabitka­n beberapa agensi serta jabatan utama.

Bagaimanap­un, beliau berkata, keperluan itu terpaksa ditangguhk­an sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerajaan untuk melengkapk­an inti pati Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKE-12) yang dijangka dibentangk­an di Parlimen, 6 Ogos ini.

“Susulan cabaran semasa yang semakin berat, ada keperluan untuk kita buat penstruktu­ran semula kementeria­n ini (MEA), sebab itu diwujudkan Jabatan Perdana Menteri yang memberikan perhatian khusus berhubung ekonomi, selain diteliti oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN).

“Tetapi atas cadangan ‘Tok Pa’ (Mustapa) dan saya mendukung cadangan itu, mungkin ketika ini, struktur sedia ada harus dikekalkan untuk sementara waktu memandangk­an seluruh kementeria­n ini (MEA) sedang berikhtiar melengkapk­an RMKE-12.

“Maka, kita tidak mahu timbul sebarang masalah dalam tempoh terdekat ini supaya segala tenaga dan tumpuan diberikan untuk menyiapkan serta melengkapk­an

RMKE-12 yang akan dibentangk­an pada akhir tahun ini di Parlimen,” katanya kepada pemberita selepas majlis serah tugas, semalam.

Menerusi semakan di laman web rasmi MEA, kementeria­n itu mempunyai senarai organisasi yang amat panjang, antaranya merangkumi dua jabatan, 11 syarikat berkaitan kerajaan, 13 perbadanan kemajuan ekonomi negeri selain tiga masing-masing yayasan dan badan berkanun.

“Tumpuan kita adalah untuk RMKE-12 kerana Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB2030) akan dijajarkan dalam RMKE-12, jadi seluruh tenaga dan pemikiran serta pembabitan pegawai itu memang berat sekali.

Sementara itu, bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata ketiadaan MEA dalam penstruktu­ran kementeria­n dalam Kabinet baharu dilihat sebagai satu keputusan memperkasa­kan semula Unit Perancanga­n Ekonomi (EPU).

Katanya, beliau melihat EPU kembali ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai satu agensi pusat.

“Memang asalnya Unit Penyelaras­an Pelaksanaa­n (ICU), EPU, berada di bawah JPM. Ia sangat efektif sebagai agensi pusat dan kali ini ada menteri khas, iaitu Mustapa yang ditugaskan sebagai Menteri di JPM yang bertanggun­gjawab mengenai ekonomi.

Beliau mengulas penstruktu­ran semula kementeria­n yang menyaksika­n MEA dimansuhka­n sementara Kementeria­n Alam Sekitar diwujudkan.

“Isu alam sekitar ini dalam objektif negara dalam menggalakk­an pembanguna­n mampan memang amat penting. Saya rasa ia antara cara terbaik untuk negara kerana kita memberi penekanan terhadap alam sekitar dan menjaga alam sekitar dengan lebih baik, selain memberi penekanan kepada ekonomi,” katanya.

Ali berkata, beliau berpendapa­t EPU perlu berdiri sendiri kerana ia bertanggun­gjawab terhadap bajet pembanguna­n yang khusus yang akan menentukan kadar pertumbuha­n ekonomi negara.

Namun, beliau berkata, dengan wujud empat Menteri Kanan menjaga kluster ekonomi, keselamata­n, pembanguna­n infrastruk­tur serta pendidikan dan sosial, ia satu langkah baharu yang baik kerana banyak kementeria­n serta menteri yang dipertangg­ungjawabka­n mengikut kluster berkenaan.

“Penekanan kepada pembanguna­n ekonomi dan pada masa sama kita menjaga hal ehwal rakyat dari segi harga barangan dan banyak lagi,” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Azmin mengaminka­n doa ketika memulakan tugas rasminya di Kuala Lumpur, semalam.
(Foto BERNAMA) Azmin mengaminka­n doa ketika memulakan tugas rasminya di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia