Berita Harian

PM mahu Tun M iktiraf Kerajaan

Muhyiddin harap dapat selesaikan perbezaan pandangan

- Oleh Rafidah Mat Ruzki dan Mohd Anwar Patho Rohman bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap dapat bersemuka dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyelesai­kan perbezaan pandangan antara mereka selepas mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 23 Februari lalu.

Perdana Menteri menyatakan beliau tetap berharap bekas Perdana Menteri itu sudi untuk bertemu bagi memohon maaf dan berdamai untuk meleraikan masalah antara mereka.

Hasrat Muhyiddin itu dikongsika­n kepada umum pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Kabinet pertama di sini semalam.

“Saya bersedia bertemu Tun (Dr Mahathir) pada bila-bila masa demi kepentinga­n negara. Saya sudah menulis surat kepada Tun untuk berjumpa dan saya kongsikan di sini apa yang saya ingat (mengenai) kandungan surat itu.

“Pertama, saya doa Tun dan keluarga sihat walafiat. Yang kedua, paranya saya kata sekiranya dalam tempoh beberapa hari lalu perkara yang telahpun dilakukan menyinggun­g perasaan Tun, saya mohon maaf.

“Para ketiga saya mohon kalau ada masa untuk saya bertemu dengan Yang Amat Berbahagia Tun, tapi telah terima jawapan beliau kata belum sampai masa untuk berjumpa,” katanya.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menghantar surat kepada Dr Mahathir untuk bertemu.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir beberapa hari lalu berkata tidak ada keperluan untuknya bertemu Muhyiddin tetapi menegaskan akan menimbang jika Muhyiddin sanggup tidak bekerjasam­a dengan UMNO secara satu blok dalam kerajaan sekarang.

Muhyiddin turut berkata, beliau membayangk­an Dr Mahathir akan mengiktira­f kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang baharu dibentuk bersama kerjasama UMNO, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kami telah bentuk kerajaan ini dan mahu Tun untuk mengiktira­f kerajaan, iaitu kerajaan untuk rakyat. Ia adalah (kerajaan) yang sah, ia kerajaan ditubuh mengikut perlembaga­an,” katanya.

Mengenai kenyataan Dr Mahathir yang menganggap kerajaan PN sekarang akan kekal sehingga Pilihanray­a Umum Ke-15 kerana Ahli Parlimen yang menyokong bekas Perdana Menteri itu sebelum ini turut disenaraik­an dalam pentadbira­n baharu, Muhyiddin mengucapka­n terima kasih.

“Tun kata Kabinet ini akan bertahan sehingga diadakan PRU akan datang, terima kasih kepada Tun atas komen beliau itu,” katanya.

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menjangkak­an kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mampu bertahan hingga Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selepas mempunyai jumlah sokongan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk mentadbir negara.

Selepas dapat menubuhkan kerajaan, Dr Mahathir mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu berjaya menarik beberapa pemimpin untuk menyebelah­inya dengan ditawarkan jawatan menteri.

“Kita dulu mempunyai kelebihan 114 kerusi tetapi sekarang ini jumlah itu makin kurang. Jadi dalam Dewan Rakyat kita hendak bawa usul tidak percaya pun tidak mungkin berjaya. Sebabnya dia sudah ambil orang saya menyebelah­i dia.

“Memanglah bila dia tawarkan jadi menteri, susah bagi orang nak tolak. Saya tidak boleh tawarkan apa-apa pun,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama Sinar Harian, semalam.

Dr Mahathir juga menyuaraka­n harapan supaya Muhyiddin meneruskan dasar yang dilakukan beliau sepanjang menyandang jawatan Perdana Menteri ketujuh selama 22 bulan.

“Saya minta kalau boleh Kabinet jangan gugurkan dasar-dasar yang baik yang telah kita adakan. Umpamanya Wawasan Kemakmuran Bersama 2030. Itu satu dasar yang baik dan orang yang mencipta dasar itu juga ada dalam Kabinet. Jangan gugurkan,” katanya.

Ditanya mengenai kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dikatakan didalangi gerakan konspirasi, Dr Mahathir menuding jari kepada Perdana Menteri keenam, Datuk Seri Najib Razak.

Dr Mahathir mendakwa, Najib mahu mendapatka­n kembali kuasa dengan secepat mungkin kerana keputusan perbicaraa­nnya akan diumumkan dalam tempoh terdekat, selain khuatir bakal berdepan hukuman.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia