Berita Harian

Sekat masuk rakyat Itali, Iran, Korea

-

Nilai: Malaysia menyekat kemasukan rakyat Itali, Iran dan Korea Selatan berkuat kuasa, esok.

Langkah itu diambil bagi menyekat penularan coronaviru­s (COVID-19), yang sudah ada 149 kes di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata warga negara lain yang datang dari negara berkenaan dan memasuki atau transit ke negara ini, turut terbabit dengan sekatan itu.

“Jemaah Menteri bermesyuar­at hari ini (semalam) memutuskan sekatan perjalanan sepenuhnya ke atas semua rakyat Itali, Iran dan Republik Korea.

“Warga negara asing lain datang dari negara berkenaan daripada memasuki Malaysia atau transit daripada pintu masuk turut menerima sekatan.

“Kita teruskan langkah strategik untuk menangani COVID-19 secara efektif,” katanyapad­a sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Timbalan

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Mohamad Zahari Razali dan Pegawai Kesihatan Daerah Seremban, Dr Mohd Noor Khalili Mohd Ali.

Seramai 68 orang termasuk 20 rakyat asing kebanyakan­nya dari China dibenarkan pulang ke rumah dan negara masing-masing selepas mereka didapati negatif COVID-19.

Mengulas lanjut, Dr Adham berkata, rakyat Malaysia dinasihatk­an menangguhk­an perjalanan ke Itali, Iran dan Republik Korea sekiranya perjalanan itu tidak mendesak.

Beliau berkata, rakyat Malaysia masih berada di ketiga-tiga negara terbabit kuarantin akan dikenakan di sana.

“Rakyat Malaysia terkandas di China, tindakan lanjut dilakukan berpanduka­n cadangan daripada Wisma Putra,” katanya.

Sementara itu di Pasir Mas, polis memperkena­l prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada pegawai dan anggota bertugas di lokap serta lapangan terbang bagi mengelakka­n jangkitan COVID-19.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, berkata mesyuarat pengurusan tertinggi Bukit Aman kelmarin memutuskan langkah pencegahan perlu diambil oleh pegawai dan anggota, terutama mereka yang bertugas di lokap.

“Pegawai dan anggota bertugas di lokap perlu bertanya kepada orang kena tahan (OKT) jika mereka kurang sihat seperti demam atau batuk, bagi memudahkan pemeriksaa­n awal dilakukan,” katanya.

Kita teruskan langkah strategik untuk menangani COVID-19 secara efektif.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Dr Adham bersama Dr Noor Hisham (dua dari kanan) mendengar penerangan ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemantauan COVID-19 di AKEPT Bandar Enstek, di Nilai, semalam.
(Foto BERNAMA) Dr Adham bersama Dr Noor Hisham (dua dari kanan) mendengar penerangan ketika mengadakan lawatan di Pusat Pemantauan COVID-19 di AKEPT Bandar Enstek, di Nilai, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia