Berita Harian

6 helikopter MD-530G tiba hujung bulan

Hishammudd­in bidas kenyataan Anwar persoal kes kehilangan pesawat

- Oleh Samadi Ahmad bhnews@bh.com.my

Putrajaya: Kementeria­n Pertahanan akan menerima enam helikopter tempur ringan jenis MD-530G pada hujung bulan ini.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammudd­in Hussein, berkata perkara itu dimaklumka­n Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi.

Hishammudd­in membidas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempersoal kes kehilangan helikopter yang merujuk kepadanya.

“Adakah itu sahaja yang dia (Anwar) boleh buat? Perkara paling penting saya juga sudah dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Menyampaik­an Amanat Kepada Warga Kementeria­n Luar Negeri sempena hari pertama memasuki kementeria­n itu, semalam.

Yang turut hadir, Timbalanny­a, Datuk Kamaruddin Jaafar dan Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Negeri, Datuk Seri Muhamad Shahrul Ikram Yaacob.

Media sebelum ini melaporkan pembelian helikopter tentera bernilai RM300 juta yang dibuat ketika pentadbira­n Barisan Nasional (BN) yang masih belum diterima Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Enam helikopter tempur ringan jenis MD530G yang dikeluarka­n syarikat aeroangkas­a Amerika Syarikat, Mcdonnel Douglas itu dipesan ketika Hishammudd­in menjawat Menteri Pertahanan.

Anwar dalam hantaran Facebookny­a menyindir Kabinet Perikatan Nasional sebagai ‘bersih’ kerana terbabit kes ‘kehilangan’ helikopter.

Presiden PKR itu turut mempersoal­kan sama ada barisan jemaah menteri baharu benar-benar bersih seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adakah itu sahaja yang dia (Anwar) boleh buat? Perkara paling penting saya juga sudah dipanggil Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi kenyataan berhubung perkara itu.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hishammudd­in berucap pada majlis Menyampaik­an Amanat Kepada Warga Kementeria­n Luar Negeri, di Putrajaya, semalam.
(Foto BERNAMA) Hishammudd­in berucap pada majlis Menyampaik­an Amanat Kepada Warga Kementeria­n Luar Negeri, di Putrajaya, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia