Berita Harian

Kerajaan PH Kedah didakwa goyah

-

Sungai Petani: Pentadbira­n Kedah di bawah Datuk Seri Mukhriz Mahathir semakin goyah apabila beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pakatan Harapan (PH) didakwa mahu memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pembangkan­g Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, mendakwa ketika ini, kerajaan negeri gabungan PH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diketuai Mukhriz tidak lagi kukuh.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjay­a 1 PAS Kedah, berkata beberapa ADUN dijangka mengumumka­n sokongan kepada PN, sekali gus menyebabka­n pertukaran kerajaan negeri tidak dapat dielakkan lagi.

“Saya yakin akan berlaku pergeseran (dalam kerajaan negeri), bergantung kepada mereka sendiri (ADUN), mereka yang berhak buat keputusan.

“PAS Kedah ambil sikap bahawa ‘durian suatu hari akan luruh dan yang luruh itu kita akan kawan’,” katanya ketika ditemui di Pasar Bisik Kuala Muda, di sini, semalam.

Ketika ini, komposisi DUN Kedah menyaksika­n PAS menguasai 15 kerusi, PKR (7), BERSATU (6), AMANAH (4), DAP (2) dan UMNO (2).

Sanusi berkata, sekiranya ADUN terbabit tidak mengumumka­n sokongan masing-masing pun, pihaknya menjangkak­an perubahan kerajaan negeri tetap akan berlaku.

“Ia bergantung kepada pergerakan (politik) yang sedang berlaku ketika ini, pergerakan yang berlaku di Pusat dan negeri tidak sama.

Di Ipoh, masih belum jelas siapa yang akan dilantik Menteri Besar selepas Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meletakkan jawatan.

Dalam perkembang­an baharu, sumber berkata tujuh bekas EXCO Perak dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah jam 5 petang ini di Istana Kinta, tetapi tidak jelas tujuan mereka.

Antara yang dijadual menghadap ialah Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin; Datuk Asmuni Awi; Dr Abdul Aziz Bari;

Howard Lee Chuan How; Tan Kar Hing; Wong May Ing dan A Sivanesan.

BERSATU Perak meninggalk­an PH Perak pada Isnin lalu menyebabka­n kerajaan negeri Perak tumbang.

BERSATU kemudian menamakan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar, UMNO Perak menamakan ADUN Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad manakala PAS mencalonka­n Pesuruhjay­a negeri, Razman Zakaria.

Berikutan perkembang­an politik di Perak, komposisi DUN kini menyaksika­n PN memiliki 32 kerusi membabitka­n UMNO (25); BERSATU (4), PAS (3) dan tiga bebas, manakala PH berbaki 24 kerusi iaitu DAP (16), AMANAH (5) dan PKR (3).

Saya yakin akan berlaku pergeseran, bergantung kepada mereka sendiri (ADUN), mereka yang berhak buat keputusan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia