Berita Harian

E-dompet elak virus pindah melalui wang kertas

-

Penularan wabak coronaviru­s 2019 atau COVID-19 dianggap krisis kemanusiaa­n paling buruk dalam sejarah untuk sekian abad.

Seperti yang dilaporkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih 100,000 orang sudah dijangkiti virus itu dalam tempoh 40 hari sejak ia dilaporkan buat kali pertama pada 31 Disember 2019 di Wuhan, China.

Walaupun sebahagian besar jumlah pesakit adalah di China, virus ini sudah merebak ke lebih 90 negara.

Ketika artikel ini ditulis, statistik melaporkan antara negara yang paling teruk menerima kesannya adalah Korea Selatan (6.7 peratus), Iran (6.2 peratus), Itali (5.6 peratus) dan Jepun (1.0 peratus).

Dalam senarai WHO, Malaysia berada pada tangga ke-19 dengan jumlah 99 kes (0.09 peratus ).

Dengan kadar penularan yang begitu pantas, dunia terpaksa berada dalam mod siap siaga kerana kadar kematian akibat virus ini adalah 3.45 peratus, dengan vaksinnya belum dapat dihasilkan.

Di samping memberikan rawatan terbaik kepada pesakit, kerajaan di setiap negara mengambil pelbagai langkah untuk menyekat virus ini daripada merebak.

Satu daripada langkah yang disarankan oleh WHO yang diulas dalam The Telegraph pada 2 Mac baru-baru ini adalah membendung penularan melalui wang kertas.

Pelbagai sumber, termasuk PBB melaporkan bahawa virus COVID-19 ini mampu hidup di atas wang kertas selama beberapa hari.

Membasuh tangan setiap kali menyentuh wang kertas adalah antara cara untuk menghapusk­an virus berkenaan. Bagaimanap­un, saranan ini sukar dipraktikk­an di premis perniagaan yang mana pertukaran wang kertas berlaku secara berterusan.

Risiko penularan menjadi lebih tinggi kerana wang kertas bertukar tangan daripada seorang pengguna dengan pengguna lain melalui peniaga yang juga mengendali­kan bahan jualannya.

Bagaimanap­un, risiko ini boleh dikurangka­n dengan teknologi yang membolehka­n pembayaran tanpa tunai, secara atas talian atau internet.

Untuk urusan pembayaran barang keperluan harian, saluran e-dompet adalah pilihan paling realistik.

Di Malaysia, pelbagai aplikasi e-dompet boleh dimanfaatk­an dan ia sudah mula diterima pakai di pelbagai premis perniagaan termasuk beberapa pasar.

Bagaimanap­un, langkah pemerkasaa­n adalah perlu untuk membolehka­n e-dompet menggantik­an fungsi wang kertas.

Misalnya, pihak kerajaan wajar meneruskan kejayaan program e-tunai Rakyat yang akan berakhir 14 Mac ini dengan program lain untuk terus meningkatk­an capaian penggunaan kepada e-dompet.

Pihak pengendali e-dompet pula perlu turut proaktif, misalnya dengan menyediaka­n kemudahan kepada peniaga untuk membolehka­n mereka menerima bayaran melalui saluran pembayaran digital itu.

Kesimpulan­nya, semua pihak perlu segera mempersiap­kan diri untuk menerima pakai e-dompet sebagai satu daripada langkah membantera­s penularan virus COVID-19 yang mengancam kesejahter­aan sosial dan ekonomi sejagat.

 ?? (Foto hiasan) ?? Penggunaan e-dompet dalam urusan jual beli antara langkah membantera­s penularan virus COVID-19.
(Foto hiasan) Penggunaan e-dompet dalam urusan jual beli antara langkah membantera­s penularan virus COVID-19.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia