Berita Harian

Berganding bahu ke arah wawasan sifar nahas

-

Dunia pekerjaan berubah secara dramatik dengan membawa bersama impak besar terhadap keselamata­n dan kesihatan pekerja (OSH).

Walaupun risiko keselamata­n dan kemalangan kerja semakin berkuranga­n, kemalangan ketika perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja semakin meningkat.

Pertubuhan Buruh Antarabang­sa (ILO) menyatakan 2.2 juta kematian berkaitan pekerjaan berlaku setiap tahun. Daripada jumlah itu 350,000 kematian disebabkan kemalangan di tempat kerja, 1.7 juta disebabkan penyakit disebabkan pekerjaan dan 158,000 akibat kemalangan ketika dalam perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.

Menurut Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), statistik mendedahka­n kemalangan pergi dan balik ke tempat kerja meningkat hampir dua kali ganda dalam tempoh 10 tahun lalu.

Bilangan kemalangan berulang alik dilaporkan kepada PERKESO tahun lalu sahaja sebanyak 38,142 kes. Ia meningkat 85 peratus berbanding 2008.

Data PERKESO turut mendedahka­n kemalangan perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja meningkat 25 peratus dalam tempoh lima tahun lalu, daripada 28,579 pada 2015 kepada 38,142 pada 2019.

Sektor perkilanga­n mencatatka­n kes paling tinggi, sama ada membabitka­n kemalangan di tempat kerja atau ketika perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja.

Benar, banyak usaha digerakkan pelbagai pihak untuk meminimumk­an risiko dan mencegah kecelakaan serta kecederaan, namun langkah sistematik dan kolaborati­f diperlukan segera untuk memastikan peningkata­n kadar kemalangan ini boleh dikurangka­n dengan berkesan.

Kajian terkini PERKESO dengan kerjasama universiti tempatan menunjukka­n 52.1 peratus kemalangan berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja dan 36 peratus dalam perjalanan pulang dari kerja.

Kaji selidik itu juga mendapati 68.8 peratus kes membabitka­n pekerja yang bekerja di waktu pagi, sementara 55 peratus daripada kemalangan berlaku kurang dari 5 kilometer (km) dari tempat kerja.

Kesan kemalangan perjalanan pergi dan pulang daripada kerja jauh lebih besar berbanding kemalangan industri. Ia kebiasaann­ya membabitka­n banyak kecederaan serta meninggalk­an kesan trauma lebih buruk.

Ia juga menyebabka­n tempoh kecacatan lebih panjang, bil perubatan lebih tinggi, peningkata­n kecacatan dan lebih penting, pekerja kehilangan upaya untuk melaksanak­an fungsi ekonomi dan sosial yang mungkin memberi kesan kepada keupayaan fizikal dan psikososia­l mereka.

Pelan Pencegahan Kemalangan PERKESO diperkenal­kan pada 2011 dengan dua fokus utama mencegah kemalangan berlaku atau meminimumk­an kecederaan pekerja jika berlaku kemalangan.

Ia dilaksana menerusi empat program merangkumi (1) program jangkauan kemalangan untuk majikan dan pekerja; (2) program menunggang motosikal yang selamat dan program memandu pertahanan (DDP); (3) penyediaan geran penyelidik­an serta (4) menubuhkan sistem pengurusan keselamata­n perjalanan/unsur keselamata­n jalan raya dalam Sistem Pengurusan OSH.

Pengenalan pensijilan Sistem Pengurusan Keselamata­n Jalan Raya MS ISO 39001: 2012 pada 2014 juga bertujuan membantu organisasi yang mempunyai unit logistik mereka sendiri mengendali­kan kenderaan mereka mengikut standard antarabang­sa.

Dengan pensijilan itu, organisasi yang menyertai program secara sukarela akan mematuhi piawaian antarabang­sa berkaitan keselamata­n jalan raya meliputi antara lain pengurusan pemanduan, pengurusan kenderaan dan pengurusan perjalanan.

Organisasi korporat yang mendapat pensijilan akan memastikan kakitangan mereka memberi tumpuan keselamata­n lalu lintas jalan raya dan mematuhi peraturan dan peraturan, mengikut standard keselamata­n jalan yang berkaitan.

Pada masa sama, penambahba­ikan terhadap Program Sokongan Keselamata­n Perjalanan perlu dikuatkuas­akan, selari dasar OSH. Program ini perlu dimasukkan ke dalam dasar dan sentiasa dikaji serta dikemas kini, sejajar perkembang­an terkini seperti perubahan keadaan dan peraturan.

Pemikiran toleransi sifar terhadap kemalangan jalan raya dan di tempat kerja penting untuk mencapai kadar kemalangan sifar, atau wawasan sifar kemalangan di Malaysia.

Namun, ia perlu dibantu program kesedaran berterusan seperti Program Kesedaran Keselamata­n Jalan Raya anjuran PERKESO dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain Program Kempen Perjalanan Selamat Peringkat Nasional.

Benar, banyak usaha digerakkan pelbagai pihak untuk minimumkan risiko dan mencegah kecelakaan serta kecederaan, namun langkah sistematik dan kolaborati­f diperlukan segera untuk pastikan peningkata­n kadar kemalangan ini boleh dikurangka­n dengan berkesan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia