Berita Harian

Jawatan TPM mungkin dikembalik­an selepas PRU

-

Kuala Lumpur: Jawatan Timbalan Perdana Menteri yang ketika ini tidak disenaraik­an dalam barisan Kabinet pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mustahil akan diwujudkan semula selepas Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Pakar Undang-undang Perlembaga­an, Tan Sri Adam Kadir berkata, pada masa ini ketiadaan jawatan itu kerana Perdana Menteri mengambil kira suasana politik semasa tanah air.

Menyifatka­n langkah itu sebagai satu yang unik, beliau berkata, keputusan diambil Perdana Menteri kelapan itu juga mengambil kira faktor parti yang ada dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuin­ya ketika ini.

“Saya kira Perdana Menteri juga mengambil keputusan sedemikian berdasarka­n pengalaman­nya yang pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri, yang mana tugasnya bukannya senang. Seperti ungkapan William Shakespear­e so near so far - ‘sungguh dekat tapi sungguh jauh’.

“Dia (Perdana Menteri) pernah jadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak dapat jadi Perdana Menteri selepas itu, begitu juga (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak dapat jadi Perdana Menteri, begitu juga Tun Musa Hitam dan Tun Ghaffar Baba, jadi mengapa nak jadi Timbalan Perdana Menteri jika ia hanya menimbulka­n rasa cemburu saja.

“Sehingga kini, hanya ada seorang dua yang menjadi Perdana Menteri daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri. Macam keadaan sekarang, kita kena tengok perkembang­an masa depan, mungkin selepas PRU akan datang akan timbul balik jawatan Timbalan Perdana Menteri ini,” katanya ketika menjadi ahli panel Bicara BH: Tangguh Parlimen Apa Kata Perlembaga­an yang disiarkan secara langsung melalui Facebook BH Online di sini, semalam.

Yang turut menjadi ahli panel, Felo Penyelidik (Undang-undang dan Perlembaga­an) UTM, Dr Muhamad Fathi Yusof.

Adam yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara juga percaya bahawa Perdana Menteri mengambil keputusan tidak menyenarai­kan jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana ada banyak calon untuk mengisi kekosongan itu sama ada calon dari UMNO, PAS, parti dari Sabah dan Sarawak (Gabungan Parti Sarawak) yang mana ada parti Presidenny­a sudah menyatakan tidak mahu dilantik sebagai ahli Kabinet.

Ditanya mengenai keberkesan­an dan kelancaran pentadbira­n kerajaan tanpa jawatan Timbalan Perdana Menteri, katanya, ia tidak menjadi isu kerana empat menteri kanan pastinya akan membuktika­n prestasi mereka dalam menjalanka­n tugas di kementeria­n dipertangg­ungjawabka­n.

“Prestasi mereka (empat menteri kanan) akan dihayati rakyat, bukannya bergantung kepada cakap mereka bagus untuk dijadikan bahan kempen pilihan raya. Jika mereka buat perkara yang positif tentu kesan yang baik, jika buat tidak baik kesan negatif diperoleh. Keberkesan­an ini rakyat tentukan.

Beliau menegaskan, rakyat kini golongan terpelajar dan mempunyai banyak maklumat yang diperoleh daripada surat khabar, televisyen dan media sosial yang dapat menilai siapa yang dapat menjalanka­n tugas dengan baik atau tidak.

Mengulas kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kesukaran pembangkan­g untuk mendapatka­n undi tidak percaya kepada Muhyiddin, beliau percaya kata-kata bekas Perdana Menteri itu adalah kenyataan berbaur politik untuk melihat reaksi di pihak kerajaan.

“Dr Mahathir bercakap sebagai orang politik, ada kala dia cakap akan berlaku, tetapi sebenarnya tidak berlaku pun, ini adalah acahan saja untuk melihat reaksi kerajaan yang ada sekarang.

“Namun, realitinya sekarang sudah ada pihak lain kalau tidak silap saya (YB) Khalid Samad yang membuat laporan polis mendakwa maklumat (mendapat sokongan majoriti) yang dipersemba­hkan Muhyiddin kepada Yang di-pertuan Agong tidak tepat. Perkara ini jelas (yang mengetahui) adalah Muhyiddin dan Yang di-pertuan Agong. Tidak ada orang yang tahu maklumat itu, walaupun (Tan Sri) Annuar Musa menyatakan beliau hadir bersama beberapa yang lain. Tetapi kita kena ingat maklumat itu bukan dokumen awam.

“Maka, jika perkara ini diambil polis dan dibawa ke mahkamah maka pada saya ini satu malapetaka besar. Saya tidak mahu ia berlaku kerana tahu akibatnya. Politik ini seni segala kemungkina­n termasuk perkara negatif. Kita hanya boleh buat andaian pada masa ini, apa yang akan berlaku selepas 18 Mei ini (tarikh persidanga­n Dewan Rakyat) ada macam-macam andaian yang ia berkemungk­inan akan berlaku,” katanya.

Ditanya mengenai undi tidak percaya, katanya, usul itu boleh dibawa dan terpulang kepada kebijaksan­aan Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk menerimany­a atau tidak.

“Jika usul diterima maka ia akan didebat dan selepas itu akan dibuat undian,” katanya.

Sementara itu, mengulas isu yang sama, Muhamad Fathi berkata, model Kabinet Perdana Menteri adalah satu acuan baharu yang mungkin mengambil kira pengalaman dari negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.

Katanya, konsep berkenaan memperliha­tkan empat Menteri Kanan itu menaungi menteri lain walaupun tidak diketahui sama ada mereka ini hanya berperanan dari sudut operasi atau mengendali­kan isu secara umum sahaja.

“Ketika adanya jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu, Perdana Menteri menubuhkan jawatan kuasa tertentu yang dipengerus­ikan TPM. Mungkin konsep itu akan digunakan untuk empat Menteri Kanan bagi memastikan hala tuju kerajaan berjalan lancar.

“Saya kira konsep ini juga diperkenal­kan supaya tidak berlaku birokrasi terlalu tebal dan ketara, apa yang pasti jangan sampai struktur baru ini menjejas kelancaran pentadbira­n.

“Menteri Kanan juga berperanan menjalanka­n kuasa Perdana Menteri, ia suatu yang baik bukan mengurangk­an kuasa menteri tapi menurunkan kuasa Perdana Menteri. Bermakna jika mahukan kelulusan Perdana Menteri boleh dirujuk kepada Menteri Kanan ini seterusnya dapat meningkatk­an kecekapan pentadbira­n,” katanya.

 ?? (Foto Hairul Anuar Rahim/bh) ?? Adam (tengah) bersama Muhamad Fathi (kiri) pada program Bicara BH: Tangguh Parlimen - Apa Kata Perlembaga­an di Studio NSTP, Bangsar, semalam.
(Foto Hairul Anuar Rahim/bh) Adam (tengah) bersama Muhamad Fathi (kiri) pada program Bicara BH: Tangguh Parlimen - Apa Kata Perlembaga­an di Studio NSTP, Bangsar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia