Berita Harian

Hujahan akhir 4 hari mula 12 Mei

Pasukan peguam bela Najib tutup kes selepas kemuka 19 saksi pembelaan

- Oleh Farah Marshita Abdul Patah farahmarsh­ita@bh.com.my

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan empat hari bermula 12 Mei ini untuk mendengar hujahan akhir pembelaan sebelum memutuskan sama ada Datuk Seri Najib Razak disabitkan kesalahan atau dibebaskan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali juga memerintah­kan pihak pendakwaan dan pembelaan mengemukak­an hujahan bertulis pada atau sebelum 21 April depan.

Semalam, pasukan peguam bela bekas Perdana Menteri itu menutup kes mereka selepas mengemukak­an 19 saksi pembelaan pada perbicaraa­n tuduhan penyelewen­gan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah 42 juta yang mengambil masa 33 hari.

Peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumka­n pasukannya menutup kes selepas pemeriksaa­n utama saksi terakhir, Penolong Pesuruhjay­a Forensik Perakaunan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Regjit Singh.

“Dengan ini pihak pembelaan sampai ke penghujung kes kami,” katanya.

Sebanyak 807 eksibit ditender dalam perbicaraa­n selama 91 hari bermula pada 3 April 2019 yang turut membabitka­n pelbagai nota prosiding dan kenyataan media dari Peguam Negara.

Pihak pendakwaan sebelum ini mengemukak­an 57 saksi.

Najib selaku saksi pembelaan utama, memberi keterangan pada perbicaraa­n hari pertama yang bermula 3 Disember tahun lalu.

Antara saksi utama pembelaan yang mendapat perhatian adalah bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; bekas Ketua Pesuruhjay­a SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan Latheefa Koya; Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom serta bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Najib, 66, yang menjadi Perdana Menteri keenam antara April 2009 hingga Mei 2018, adalah Perdana Menteri pertama dihadapkan ke mahkamah.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu antara 17 Ogos, 2011 dan 10 Februari 2015.

Terdahulu, sebaik prosiding bermula kira-kira jam 10 pagi semalam, Dzulkifli, menyambung semula keterangan­nya pada sesi pemeriksaa­n utama oleh Muhammad Shafee.

Menjawab soalan Muhammad Shafee, sama ada terdapat cadangan oleh SPRM untuk mendakwa individu lain selain Najib pada 2015, Dzulkifli berkata: “Ada”.

“SPRM mencadangk­an supaya beberapa pengarah syarikat berkaitan SRC didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, antaranya Ketua Pegawai Eksekutif SRC, Nik Faisal Ariff Kamil dan bekas pengarahny­a, Datuk Suboh Md Yassin.

“Bagaimanap­un bekas Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Mohamed Apandi Ali meminta SPRM membuka kertas siasatan baharu. Sehingga kini saya tidak mengetahui perkembang­an kes ini,” katanya.

Pada prosiding itu juga, Dzulkifli memberitah­u mahkamah wang yang masuk ke dalam akaun peribadi Najib tidak semestinya bermaksud suatu kesalahan kecuali ia dibuat dengan niat dan pengetahua­n.

“Bagaimanap­un, adalah menjadi satu kesalahan jika wang berkenaan dibelanjak­an,” katanya yang sebelum ini adalah bekas Timbalan Pendakwa Raya.

 ?? (Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) ?? Najib hadir semalam. mendengar perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
(Foto Mohamad Shahril Badri Saali/bh) Najib hadir semalam. mendengar perbicaraa­n di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia