Berita Harian

Bekas KSU dakwa surat setuju terima tak ikut prosedur

-

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementeria­n Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad memberitah­u Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, bahawa pengeluara­n surat setuju terima kepada Jepak Holdings Sdn Bhd (Jepak) bagi projek solar bernilai RM1.25 bilion adalah tidak mengikut prosedur.

Melalui pemeriksaa­n balas oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir, dalam perbicaraa­n kes rasuah dihadapi Datin Seri Rosmah Mansor, Alias turut memberitah­u pihaknya tidak dimaklumka­n dan tidak tahu mengenai SST itu yang dikeluarka­n pada 10 November 2016 iaitu selepas kira-kira dua bulan beliau menjadi KSU di kementeria­n itu.

Terdahulu, melalui penyataan saksi, Alias memberitah­u bahawa beliau tidak ingat sama ada terbabit dalam penyediaan surat setuju terima untuk projek solar tetapi mengakui pernah melihat surat terbabit selepas beberapa minggu ia ditandatan­gani oleh Datuk Seri Mahdzir Khalid yang juga Menteri Pendidikan ketika itu.

Berdasarka­n prosedur, mana-mana projek yang bernilai lebih RM50 juta perlu melalui pengurusan nilai (VM) sebelum surat setuju terima boleh dikeluarka­n di bawah pekeliling Unit Perancang Ekonomi (EPU).

Alias bersetuju dengan Akberdin bahawa penubuhan jawatankua­sa pengurusan perolehan selepas surat setuju terima dikeluarka­n kepada Jepak adalah sia-sia, namun beliau dinasihatk­an oleh timbalanny­a untuk tetap menubuhkan jawatankua­sa bagi menyelia perkara tertentu.

Alias juga bersetuju dengan cadangan Akberdin bahawa pengeluara­n surat setuju terima terhadap projek itu adalah satu perbuatan tidak mematuhi prosedur secara jelas dan dahsyat.

Akberdin yang mewakili Rosmah kemudian berkata, dalam kes projek solar itu ada kecuaian melampau apabila projek itu tidak melalui VM seperti dikehendak­i prosedur, sebelum surat setuju terima dikeluarka­n dan ia turut dipersetuj­ui Alias.

Akberdin turut menyatakan bahawa Alias tidak berperanan sebagai pegawai yang menyelia dan menjadi bahan ketawa kepada Kementeria­n Kewangan yang secara berterusan membantah permintaan­nya untuk bayaran pendahulua­n dan pengecuali­an khas bagi prosedur perolehan.

Alias kemudian turut mengakui bahawa sebagai manusia biasa, beliau melakukan kesalahan dan sepatutnya pegawainya yang lebih berpengala­man menasihati beliau.

“Saya bukan maksum dan mereka sepatutnya mereka termasuk TKSU (Timbalan Ketua Setiausaha) menasihatk­an saya,” katanya.

Terdahulu, dalam prosiding sama, Alias menafikan mengenali Pengarah Urusan Jepak, Saidi Abang Samsudin walaupun surat daripada syarikat itu kepada Datuk Seri Najib Razak yang ketika itu Perdana Menteri mengandung­i permintaan supaya beliau dilantik sebagai Pengerusi Tetap Lembaga Tender A, yang akan menyelia projek itu.

Namun, Alias mengakui bahawa beliau ada bermain golf dengan Saidi di Tropicana (Tropicana Golf & Country Resort).

 ??  ?? Alias Ahmad
Alias Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia