Berita Harian

Dua bayi perlukan RM140,000

Keluarga rayu sumbangan tampung kos bedah jantung

- Oleh Mahani Ishak mahani@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dua bayi yang mengalami masalah jantung, memerlukan sumbangan orang ramai RM140,000 bagi membolehka­n mereka dibedah segera.

Pemandu lori, Ab Hamid Salleh, 49, berkata anak bongsunya, Che Ku Ammar Zaqwan, tiga bulan, mengalami masalah pertukaran darah di bahagian jantung, memerlukan kos RM60,000 untuk menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.

Bapa kepada lima cahaya mata itu berkata, anaknya dikesan menghidap transposit­ion of the great arteries (TGA) ketika usia 50 hari mengakibat­kan badannya lemah, mengalami semput dan muntah sehingga ke dikejarkan ke Hospital Besut, Terengganu.

Katanya, anak yang dilahirkan di Hospital Kubang Kerian Universiti

Sains Malaysia (USM), Kelantan itu tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan, termasuk berkaitan jantung.

“Disebabkan masalah TGA itu kes dirujuk ke Hospital Hospital Raja Perempuan Zainab II. Pembedahan kecil dilakukan untuk membaiki saluran dan doktor meminta menjalani pembedahan segera untuk membolehka­nnya hidup seperti biasa,” katanya ketika ditemui di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur di sini, semalam.

Sementara itu, bayi perempuan berusia dua bulan dari Kuantan, Pahang, Tang Gaa Xin pula mengalami masalah saluran Ventricula­r Septal Defect (VSD), memerlukan pembiayaan RM80,000.

Bapanya, Tang Chong Chai, 31, yang menanggung keluarga dengan membantu perniagaan kuih ibunya, berkata anak bongsu itu hanya menunjukka­n simptom tubuh menjadi kebiru-biruan selepas 25 hari dilahirkan.

“Keadaan itu merunsingk­an kami kerana tidak pernah berdepan masalah ini dan segera membawanya ke hospital. Kami berharap orang ramai sudi menghulurk­an sumbangan,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyalurka­n sumbangan boleh berbuat demikian dalam bentuk wang tunai atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaa­n MEDIA PRIMA-NSTP atau mendeposit­kannya ke akaun Maybank 5141053231­70.

Sumbangan boleh dihantar kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Satu, Anjung Riong Balai Berita, 31, Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

 ?? (Foto Mustaffa Kamal/bh) ?? Ab Hamid dan isteri, Che Ku Salwati Che Ku Dahin bersama Che Ku Ammar yang dirawat di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
(Foto Mustaffa Kamal/bh) Ab Hamid dan isteri, Che Ku Salwati Che Ku Dahin bersama Che Ku Ammar yang dirawat di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur.
 ??  ?? Chong Chai dan isteri, Choong Suet Man melihat Gaa Xin yang mengalami masalah saluran VSD memerlukan pembiayaan RM80,000.
Chong Chai dan isteri, Choong Suet Man melihat Gaa Xin yang mengalami masalah saluran VSD memerlukan pembiayaan RM80,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia