Berita Harian

FELDA nafi lulus projek di Wilayah Raja Alias

MPJL tidak terima sebarang permohonan laksana bandar berkembar dengan Istanbul

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir yusri.muzamir@bh.com.my

Kuala Lumpur: FELDA menafikan dakwaan meluluskan permohonan sebuah syarikat tempatan untuk membangunk­an tanah peneroka di Jempol, Negeri Sembilan bagi pembinaan bandar berkembar Istanbul.

Projek bandar aeroangkas­a dan bandar berkembar dengan Istanbul, Turki itu dikatakan akan dibangunka­n di atas tanah peneroka di FELDA Wilayah Raja Alias dan dirancang syarikat Mohhashi Space Gateway.

FELDA dalam satu kenyataan semalam menjelaska­n, pihaknya tidak menerima sebarang makluman mengenai rancangan pembanguna­n atau tawaran berkaitan projek berkenaan.

“Difahamkan, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol dan Majlis Perbandara­n Jempol (MPJL) tidak menerima sebarang permohonan projek pembanguna­n bandar berkembar terbabit.

“Permohonan wajib dikemukaka­n kepada kerajaan negeri melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), jika mahu memajukan tanah FELDA di kawasan berkenaan,” katanya.

Semalam, syarikat itu dilaporkan bercadang membangunk­an tanah ladang peneroka dengan pelbagai infrastruk­tur, termasuk pembinaan lapangan terbang kargo antarabang­sa dan akademi penerbanga­n.

Projek lain termasuk membina 1,000 premis kilang hab halal, universiti tahfiz antarabang­sa, universiti aeroangkas­a, kolej dan kawasan kediaman membabitka­n kos pelaburan bernilai RM180 bilion.

Tanah peneroka FELDA pula ditawarkan pada harga RM320,000 bagi setiap 0.4 hektar dengan purata setiap peneroka menerima RM3.2 juta.

Jajaran perkhidmat­an transit aliran ringan (LRT) bermula dari Kuantan, melalui Bandar Seri Jempol sebelum berakhir di KLIA juga antara cadangan pembinaan di kawasan itu.

 ??  ?? Keratan akhbar BH semalam.
Keratan akhbar BH semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia