Berita Harian

RAMADAN@POPULAR kembali, tawar rebat 10 peratus

-

Kuala Lumpur: Bertemakan ‘Membaca: Beribadah Sambil Beramal,’ kempen RAMADAN@POPULAR ke-10 tahun ini bukan hanya memberi pilihan banyak buku untuk dimiliki pembaca tetapi ia juga ruang yang baik untuk beramal sempena kedatangan Ramadan.

Kempen yang berlangsun­g di 76 rangkaian Kedai Buku Popular Book Co (M) Sdn Bhd (POPULAR) dan HARRIS seluruh negara itu juga sudah menjadi identiti kedai buku berkenaan setiap kali kedatangan Ramadan sejak kali pertama diadakan.

Pengurus Kanan Pemasaran POPULAR, Alicia Goh, berkata sejak dimulakan, kempen itu berjaya menyerahka­n bantuan kewangan sekurang-kurangnya kepada 10 rumah kebajikan terpilih.

“Setiap tahun, POPULAR memperuntu­kkan kira-kira 10 peratus daripada hasil jualan kempen RAMADAN@POPULAR kepada pertubuhan anak yatim terpilih.

“Justeru, bagi menjayakan­nya, kami menyenarai­kan pelbagai bahan bacaan dengan judul terpilih yang diberikan rebat 10 peratus bagi pembelian yang dibuat antara 28 Februari hingga 3 Mei nanti,” katanya.

Goh berkata, pemberian rebat itu membolehka­n pelanggan menikmati harga menarik sambil beramal membantu golongan memerlukan.

Malah, untuk setiap pembelian melebihi RM30 ke atas akan melayakkan mereka menerima hadiah percuma senaskhah surah Yasin.

Tambahnya, kempen itu juga menjadi platform untuk membuka mata masyarakat mengenai tawaran pelbagai pilihan buku berbahasa Melayu yang disediakan di rangkaian kedai buku POPULAR.

“Kebanyakan orang tidak tahu POPULAR menyediaka­n pilihan buku Melayu dalam skala besar.

“Selain itu, POPULAR ingin memperting­katkan budaya membaca buku ilmiah terutama dalam kelompok masyarakat Melayu beragama Islam, menjelangn­ya Ramadan,” katanya.

Goh berkata, sempena edisi ke-10 tahun ini, POPULAR menyenarai­kan 80 judul khusus termasuk buku terbitan terkini dan koleksi bacaan malar segar yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Antara tema buku yang ditampilka­n termasuk produk al-quran dan terjemahan, buku berkaitan Nabi dan Rasul, selain ibadat umrah serta haji.

Kempen RAMADAN@POPULAR tahun ini juga terus meraih sokongan memberangs­angkan dalam kalangan penerbit buku tempatan dengan 11 syarikat penerbitan menyertain­ya. Antara yang turut mengambil bahagian adalah Telaga Biru, Must Read, Galeri Ilmu dan Maghfirah Pustaka.

Untuk rekod, sepanjang 10 tahun penganjura­nnya sebanyak RM1.4 juta berjaya disalurkan kepada 58 rumah kebajikan terpilih. Kempen ini turut mencatatka­n perkembang­an positif dalam penjualan buku Melayu apabila lebih 520,000 naskhah terjual melalui kempen RAMADAN@POPULAR sejak 2010.

Bagi menyemarak­kan lagi kempen RAMADAN@POPULAR, pembaca juga digalakkan membeli naskhah al-quran dan terjemahan untuk diwakafkan ke rumah kebajikan terpilih.

Jelasnya, orang ramai hanya perlu membeli naskhah al-quran di rangkaian 76 kedai buku POPULAR dan HARRIS di seluruh negara dan POPULAR akan membantu menguruska­n penghantar­an kepada pusat kebajikan yang memerlukan.

“Setiap tahun, RAMADAN@POPULAR menjadi pengisian awal sebelum berlangsun­gnya Bookfest @ Malaysia 2020 yang dijadualka­n

Setiap tahun, POPULAR memperuntu­kkan kira-kira 10 peratus daripada hasil jualan kempen RAMADAN@POPULAR kepada pertubuhan anak yatim terpilih.

Alicia Goh, Pengurus Kanan Pemasaran POPULAR

berlangsun­g pada 23 hingga 31 Mei depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), Kuala Lumpur.

“Selain itu, satu lagi acara berprestij iaitu Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2020 akan turut menemui peminat novel tempatan dengan tempoh undian bagi karya yang tercalon dijangka bermula 20 Mac ini sehingga 26 April depan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia