Berita Harian

Johor tambah satu hektar lagi

Keputusan selepas mesyuarat EXCO pertama kerajaan negeri

- Oleh Mohamed Farid Noh farid_noh@bh.com.my

Iskandar Puteri: Kerajaan Johor semalam mengumumka­n tambahan keluasan bagi potongan cukai tanah 50 peratus rizab Melayu kepada lima hektar berbanding empat hektar sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Hasni Muhammad, berkata langkah itu diputuskan pada mesyuarat EXCO pertama kerajaan negeri yang dipengerus­ikannya.

“Keputusan menambah satu hektar lagi potongan cukai tanah 50 peratus untuk rizab Melayu itu dilakukan mengambil kira keadaan ekonomi semasa dan bebanan rakyat berikutan penularan COVID-19.

“Langkah berkenaan memanfaatk­an pemilik tanah dalam kalangan peneroka FELDA, selain penduduk kawasan luar bandar dengan tempoh bayaran cukai juga akan dilanjutka­n,” katanya pada sidang media di Bangunan Datuk Jaafar Muhammad, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Johor, Datuk Azmi Rohani dan barisan EXCO Johor.

Sebelum ini, langkah kerajaan Johor menyemak semula cukai tanah dan menguatkua­sakan kadar baharu mulai 1 Januari lalu menimbulka­n polemik dalam kalangan rakyat negeri yang mendakwa ia membebanka­n.

Pagi semalam, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam laman Facebook rasmi baginda bertitah: “Ada berita baik menanti rakyat Johor yang akan diumumkan oleh Menteri Besar.”

Ditanya tempoh masa bayaran cukai tanah yang akan dilanjutka­n itu, Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut berkata, ia akan ditentukan pejabat tanah daerah.

“Apa yang pasti tempoh bayaran cukai tanah dilanjutka­n itu tidak menjejaska­n pungutan hasil kerajaan negeri, ” katanya.

Mengulas mengenai sama ada ketua kampung dan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) akan ditukar berikutan peralihan kerajaan negeri yang baharu, Hasni berkata, pada masa ini ia akan dikekalkan.

“Tiada sebarang lantikan baharu dimaklumka­n Kerajaan Persekutua­n pada masa ini dan kerajaan Johor akan tunggu arahan baharu daripada Persekutua­n untuk tindakan lanjut.

“Langkah ini diambil bagi memastikan perkhidmat­an ketua kampung dan ahli majlis tidak terjejas pada masa ini, ” katanya.

 ?? (Foto BERNAMA) ?? Hasni pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO pertama Johor di Iskandar Puteri, semalam.
(Foto BERNAMA) Hasni pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat EXCO pertama Johor di Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia