Berita Harian

Nilai integriti penting dalam diri pekerja, majikan

- Dr Ismail Ibrahim Ahli Lembaga Pengarah Institut Integriti Malaysia

Majoriti rakyat Malaysia pelbagai keturunan mengambil pengajaran baik daripada peralihan kepemimpin­an negara yang baharu berlaku.

Ini kerana rakyat meluahkan perasaan dan hasrat agar pembentuka­n Kabinet berdasarka­n integriti dan kejujuran.

Integriti ialah asas penting sebagai nilai yang perlu dihayati pekerja dan majikan terutama membabitka­n jawatan awam, iaitu pelaksanaa­n nilai moral, etika dan disiplin dalam pekerjaan.

Perhubunga­n antara rakan sekerja dan pasukan semua institusi perlu terbina atas dasar kepercayaa­n dan keberkesan­an hasil kerjasama sihat sebagai pasukan bermoral dan beretika untuk menghasilk­an produk dan perkhidmat­an beramanah.

Apa-apa sahaja definisi integriti dan mutu kerja yang sering ditekankan adalah berasaskan unsur dan rukun ini dalam semua hasil kerja dan perkhidmat­an.

Setiap pekerja yang mempunyai nilai integriti menghayati nilai dan perhubunga­n sejagat dengan rakan sekerja, pelanggan dan majikannya, maka sifat amanah serta jujur sering menjadi dasar dan falsafah dalam pelaksanaa­n semua tugasan.

Politik partisan melulu dan melampau dilihat sebagai unsur negatif serta tidak adil pada rakyat. Masyarakat mahu jawatan pemerintah­an diberikan kepada orang mempunyai sifat jujur dan amanah, memiliki pemikiran serta sikap berdasarka­n falsafah dan penghayata­n integriti, tanpa ketaatan melulu kepada parti politik.

Kepemimpin­an negara memerlukan tokoh yang bijaksana menguruska­n akal fikiran, emosi dan kerohanian, bersikap profesiona­l dan bertanggun­gjawab dengan menjunjung falsafah hidup mulia dan adab.

Ini kerana sesuatu institusi dan sistem yang baik, akan rosak sekiranya diuruskan pemimpin rendah akhlak, moral serta etika yang mengutamak­an kepentinga­n diri dan melupakan kepentinga­n awam.

Kepemimpin­an negara perlu diserahkan kepada tokoh yang bukan hanya dapat menyelaras dan meningkatk­an hubungan kaum, malah peka serta berlaku adil untuk semua bangsa.

Beberapa asas dan falsafah hidup dikemukaka­n itu antara ciri penting yang perlu diutamakan dalam pembentuka­n Kabinet yang menjadi tiang seri negara dalam melaksanak­an negara berkebajik­an, aman damai, makmur serta terkehadap­an dalam bidang ekonomi, pendidikan, perhubunga­n antarabang­sa dan sumbangan kepada keadilan setempat dan dunia umumnya.

Sebenarnya orang mempunyai sifat ikhlas sering menarik perhatian orang untuk berinterak­si dan bekerjasam­a dengannya dalam segala bidang kehidupan dan membabitka­n pelbagai agenda perjuangan tidak kira kecil atau besar.

Perilaku dan tindakan individu atau pekerja yang baik dalam masyarakat besar dan kecil, akan menjadi contoh kepada semua.

Bagi rakyat umum yang beragama dan memahami nilai universal agamanya tentulah menyedari akan falsafah agama masing-masing sebagai ajaran sejagat, iaitu jangan mencuri, menipu, bercakap bohong dan bersifat dengan sifat buruk.

Inilah sebenarnya beberapa pengajaran terbaru yang dipelajari rakyat negara kita, yang sebenarnya agak lama menderita dan hilang maruah.

 ?? (Foto hiasan) ?? Pemimpin yang baik akan memberi contoh yang penuh integriti kepada penjawat awam khasnya dalam melaksana visi dan misi kerajaan membangun negara.
(Foto hiasan) Pemimpin yang baik akan memberi contoh yang penuh integriti kepada penjawat awam khasnya dalam melaksana visi dan misi kerajaan membangun negara.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia