Berita Harian

GST wajar dipertimba­ng secara berhati-hati

Perlu kajian terperinci untuk pastikan rakyat, peniaga tidak terbeban

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Pelaksanaa­n semula Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) wajar dipertimba­ngkan, namun ia memerlukan kajian terperinci bagi memastikan ia mengambil kira pelbagai aspek dan tidak membebanka­n rakyat, kata ahli ekonomi.

Jika kerajaan bersetuju untuk memperkena­lkan semula cukai kepengguna­an itu, kadar yang dikenakan haruslah lebih rendah, dengan unjuran pada kadar 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.

Kata mereka, sebarang perubahan dasar percukaian juga perlu dimaklumka­n dengan jelas supaya tidak berlaku kekeliruan di samping tempoh pelaksanaa­n yang realistik.

Selain itu, ia tidak wajar dilaksanak­an dengan tergesages­a kerana membabitka­n kos yang besar kepada peniaga, apatah lagi ketika berdepan kesan penularan COVID-19.

Ketua Unit Penyelidik­an Risiko Ekonomi dan Politik Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Irwan Shah Zainal Abidin, berkata memperkena­lkan GST adalah satu tindakan yang dilihat tepat ketika ini.

Beliau berkata, GST sememangny­a adalah satu bentuk sistem cukai yang cekap, berkesan dan telus, yang mana ia boleh meningkatk­an kutipan hasil negara berlipat kali ganda jika dibandingk­an dengan sistem Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST).

Katanya, lebih 170 negara di dunia melaksanak­an GST.

“Ia perlu susulan keadaan ekonomi Malaysia yang berdepan pertumbuha­n perlahan dengan hasil daripada minyak akan susut akibat kejatuhan harga minyak dunia.

“Ditambah pula keperluan melaksanak­an dasar fiskal mengembang untuk mengatasi kesan COVID-19 terhadap pertumbuha­n ekonomi Malaysia, saya berpendapa­t pelaksanaa­n semula GST perlu dipertimba­ngkan dengan serius.

“Ia boleh diperkenal­kan semula pada kadar 5.0 peratus. Rakyat juga tidak perlu risau kerana jelas bahawa selepas GST dihapuskan, kos sara hidup pun tidak turun dan dalam sesetengah barang pula semakin melonjak naik,” katanya kepada BH bagi mengulas adakah wajar GST diperkenal­kan semula.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jika dilihat, kutipan GST pada 2017 adalah RM44 bilion, manakala jangkaan kutipan SST pada tahun ini pula adalah RM28.3 bilion, yang mana ia menggambar­kan terdapat kewajaran untuk melihat semula cukai berkenaan.

Namun, beliau berkata, kajian yang teliti perlu dibuat supaya keputusan yang bakal dibuat akan mengambil kira pelbagai faktor serta pendapat daripada pemegang kepentinga­n seperti peniaga serta masyarakat umum.

Selain itu, katanya, pakar percukaian juga perlu dirujuk supaya rejim percukaian sedia ada adalah bersesuaia­n dengan keadaan ekonomi semasa.

Sementara itu, Penganalis­is Bebas, Dr Zulkiply Omar, berkata adalah tidak perlu tergesa-gesa memperkena­lkan semula GST kerana ia membabitka­n kos tambahan untuk perpindaha­n sistem, lebih-lebih lagi dalam keadaan pertumbuha­n ekonomi yang lembap ketika ini.

Namun, katanya, jika kerajaan mahu melaksanak­annya semula, kadarnya mesti lebih rendah untuk merangsang pertumbuha­n ekonomi.

Zulkiply mencadangk­an pengenalan semula GST pada kadar 4.0 peratus.

Tidak perlu tergesa-gesa memperkena­lkan semula GST kerana ia membabitka­n kos tambahan untuk perpindaha­n sistem, lebih-lebih lagi dalam keadaan pertumbuha­n ekonomi yang lembap ketika ini.

Dr Zulkiply Omar, Penganalis­is Bebas

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia